Ikan bawal masak tomato lauk lengkap bersama anak-anak

Iklan
Ikan bawal masak tomato lauk lengkap bersama anak-anak

IKAN bawal terkenal dengan isinya yang lembut.

Bagi ibu muda, jika sudah buntu untuk memasak menu ikan bawal, korang boleh cuba resipi ikan bawal masak tomato ini.

Iklan
Iklan

Masa untuk memasak juga tidak terlalu lama dan menu ini sangat mudah dan sedap.

Rasa yang lengkap masam, manis, masin dan sedikit pedas amat sesuai jika dinikmati bersama anak kecil.

Iklan

Jom cuba resipi yang dikongsi oleh Ann Shah ini.

Katanya, anak-anak menjamu selera hingga menjilat jari jika pekena menu ini.

Iklan

Bahan-bahannya;

Ikan Bawal

Bahan sos;

  • 3 ulas bawang merah - dihiris
  • 2 ulas bawang putih - dihiris
  • 2 biji tomato - dibelah 6
  • 2 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 1 inci halia - dihiris halus
  • 1 biji bawang besar - dihiris kasar/potong bulat
  • 3 tangkai cili padi - diketuk
  • 1 kiub serbuk pati ayam
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit daun ketumbar - dicincang

Cara membuatnya;

1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit. Goreng sehingga masak, angkat dan ketepikan.

2. Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bawang merah,  putih dan halia hingga naik bau. Masukkan sedikit air serta sos cili dan sos tomato.

3. Masukkan garam, gula dan serbuk pati ayam. Gaul mesra kemudian masukkan ikan dan masak hingga kuah agak pekat.

4. Akhir sekali masukkan bawang besar, tomato dan cili padi. Biar sekejap dan tutup api. Hidang dan taburkan daun ketumbar.

Cuba juga Rahsia pengikat suami, sup mamak ‘power’ semangkuk tak cukup

Semoga bermanfaat.