KALI ini SinarPlus kongsikan resipi sup ayam mamak istimewa perkongsian Puan Sarina.

Pekat, lazat, cukup rasa dan power kerana menggunakan bahan rempah asli.

Jika keluarga korang sukakan hidangan bersup ini, wajib cuba membuatnya.

Pekena masa panas-panas bersama nasi atau roti memang terangkat! Silap-silap semangkuk
pun tak cukup.

Katanya, inilah rahsia pengikat suaminya yang sukakan makanan berkuah lebih-lebih lagi sup ayam mamak ini.

Ayuh kita tengok cara membuatnya.

Bahan-bahannya;

Bahan A (tumis)

  • Bawang merah 4 biji – dimayang
  • Kayu manis
  • Bunga cengkih
  • Bunga lawang
  • Daun pandan
  • Serai

Bahan B (dikisar)

  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang merah 3 biji (Saya letak bawang banyak untuk pekat)
  • Bawang putih 5 ulas
  • Kunyit (sedikit untuk kesan kekuningan)

Bahan lain:

  • Lada hitam (ditumbuk)
  • Rempah sup
  • Rempah kurma

Cara-cara membuatnya;

1. Tumis bahan A sehingga kekuningan.

Iklan

2. Selepas kekuningan bahan A yang ditumis, masukkan pula bahan B. Biarkan seketika.

3. Masukkan lada hitam yang ditumbuk hancur, rempah sup dan rempah kurma.

(Saya masukkan 1  paket rempah kurma dan 1  paket sup saiz kecil untuk kuah yang pekat)

4. Masukkan ayam, kentang, lobak merah dan daun sup. Jangan lupa masukkan air dan
garam.

Iklan

5. Selepas empuk dan masak, taburkan daun sup atau daun ketumbar dan bawang goreng.

Boleh juga cuba Ikan rebus bersama cuka ini nampak simple, bertambah makan nasi tanpa sedar

Siap! Boleh dihidangkan bersama nasi panas atau roti.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat.