"IMPIAN saya adalah menjadikan semua anak saya bergelar doktor."
Begitulah perkongsian angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha di laman Instagram miliknya semalam.
Menerusi posting itu, beliau berkongsi sekeping foto cahaya mata pasangan kembar yang sedang menjalani sesi fotografi bertemakan profesion doktor yang lengkap dengan stetoskop.
Dr Sheikh Muszaphar turut menanam hasrat untuk melihat ke enam-enam anaknya mengikut jejak beliau menjadi doktor.
Beliau turut berkongsi kenangan bersama bapanya suatu ketika lalu serta sedikit perjalanan menjadi seorang doktor.
Baca juga Hamil 38 minggu, Faye Kusairi mengalami Bell Palsy
Terdahulu, Dr Sheikh Muszaphar, 48 tahun, dan Dr Halina, 39 tahun, mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010.
Hasil perkahwinan itu, mereka kini sudah dikurniakan enam cahaya mata iaitu Sophea Isabella, 9 tahun, Sophea Natasha, 7 tahun, dan anak kembar lelaki iaitu Sheikh Adam dan Sheikh Noah, berusia tiga tahun serta pasangan kembar lain jantina, Eusoff dan Emelia berusia 20 hari.