Hamil 38 minggu, Faye Kusairi mengalami Bell Palsy

A
A
A

PELAKON dan pelumba kereta profesional, Faye Kusairi berdepan ujian tidak terjangka apabila diserang penyakit Bell Palsy, Jumaat lalu.

Menurut Faye atau nama sebenarnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi, 33, kejadian berlaku Jumaat lalu apabila dia mengalami kekejangan pada otot muka sebelah kanan ketika sedang menggosok gigi.

“Alhamdulillah, saya sudah dibenarkan pulang. Saya dimasukkan ke hospital sepanjang hujung minggu apabila disahkan mengalami Bell Palsy pada pagi Jumaat ketika sedang menggosok gigi.

“Saya belum pulih sepenuhnya tetapi dalam progress. Separuh muka sebelah kanan saya lumpuh sejak Jumaat dan saya menjalani rawatan bersama neurologis, ia semakin pulih.

“Sekarang saya sudah boleh menggerakkan otot wajah saya sedikit sebanyak. Syukur Alhamdulillah,” kongsinya menerusi Instagram miliknya.

Faye Kusairi kini sedang menghitung hari untuk melahirkan anak kedua.

Tambah Faye, dengan usia kandungan yang sudah mencecah 38 minggu, dia kini hanya berehat dan menjalani rawatan di rumah serta berharap segalanya akan dipermudahkan.

“Sekarang saya teruskan berehat di rumah dan usia kandungan saya sudah 38 minggu.

“Dalam masa yang sama saya meneruskan rawatan Bell Palsy di rumah. Mohon doakan kesihatan saya diteruskan dengan baik dan dipermudahkan,” ujarnya.

Bell Palsy adalah penyakit membabitkan kerosakan pada satu saraf muka iaitu ‘facial nerve’. Situasi itu berlaku apabila otot yang mengawal ekspresi wajah tidak berfungsi dengan normal akibat kecederaan atau gangguan sarat muka.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca