[VIDEO] Warna kulit berubah akibat produk pencerah, adakah ia ibarat mengubah ciptaan ALLAH?

Iklan
Mengubah ciptaan ALLAH

KEBANYAKAN orang dalam kalangan kita memakai produk kecantikan demi menjaga penampilan diri. Paling tidak pun, setiap orang mempunyai pencuci mukanya sendiri.

Namun, ada juga segelintir orang yang lebih gemar memakan suplemen untuk menjaga kesihatan sendiri yang juga boleh bertindak untuk mencantikkan kulit.

Iklan
Iklan

Hasil disiplin penggunaan produk berkenaan, kadangkala ia memberikan kesan yang ketara kepada diri seseorang terutamanya mereka yang menggunakan produk pencerah kulit.

Malah, ada orang yang mengalami perubahan warna kulit daripada berkulit gelap menjadi cerah selepas beberapa waktu menggunakan produk berkenaan dan suplemen tersebut.

Iklan

Begitupun, ada pula sebilangan orang pula yang mendakwa perubahan warna kulit tadi ibarat mengubah ciptaan ALLAH.

Benarkah kenyataan tersebut? Apa pandangan Islam tentang perkara ini?

Iklan

Sebelum menjawab persoalan berkenaan, pendakwah Ustazah Nik Nur Adneen Ismail atau lebih dikenali sebagai Da’i Adneen menjelaskan terlebih dahulu maksud mengubah ciptaan ALLAH.

[caption id="attachment_27006" width="1024"] DA'I ADNEEN[/caption]

Jelasnya, ia berkaitan mengubah arahan atau hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT.

Pengharaman dalam mengubah ciptaan ALLAH jelas disebutkan dalam sebuah hadis.

(Artikel berkaitan: Jangan seronok sangat guna aplikasi tukar jantina, hadam dulu penjelasan ini)

Daripada Abdullah bin Mas‘ud RA: "Sesungguhnya Nabi Muhammad SAW melaknat wanita-wanita yang mentatu dan yang meminta ditatu dan wanita-wanita yang mencukur alis demi mencari keindahan dan mengubah ciptaan ALLAH SWT." (Riwayat at-Tirmizi)

"Sebagai contoh, menggunakan produk pemutih untuk mendapatkan kulit yang asli atau dalam erti kata lain disebutkan atas faktor perubatan dan rawatan.

"Namun begitu, ia haruslah berpandukan kepada dua syarat. Pertama, produk tersebut mestilah halal dan kedua, ia tidak memudaratkan,” katanya.

Justeru, bersederhanalah dalam setiap perkara termasuk. Begitu juga dalam perihal kecantikan. Janganlah sampai terlalu berlebih-lebihan. Itulah yang diajarkan oleh agama Islam kepada umatnya.

Foto: Freepik