Vaksin komposisi kimia paling selamat digunakan berbanding ubatan lain

Iklan

SEJAK akhir-akhir ini kita sering didedahkan dengan info-info mengenai vaksin.

Namun demikian, masih ada segelintir masyarakat masih tertanya-tanya mengenai komposisinya.

Iklan
Iklan

Perkara tersebut turut mendapat perhatian Pensyarah Kanan Kimia dan Penyelidik UiTM, ChM Dr Fatimah Salim di entri Facebook miliknya.

Iklan

Katanya, komposisi kimia vaksin adalah yang paling selamat digunakan pada badan jika dibandingkan dengan ubat-ubatan lain.

Ia adalah kerana pembikinannya sangat teliti dan sasaranannya tepat.

Iklan

"Mungkin terdapat sebilangan kecil individu iaitu dianggarkan lima peratus yang sangat sensitif kepada vaksin tertentu dan boleh terkena kesan sampingan.

Artikel berkaitan: 5 fakta tentang vaksin, penting untuk ambil tahu

"Namun, isu kesan sampingan ini dibesar-besarkan. Isu halal dan haram pula serahkan kepada ahli yang layak memberikan fatwa,” tulisnya.

Mudah sahaja, ambil vaksin yang diperakui oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dapatkan penjelasan mengenai segala kesan sampingan yang mungkin boleh berlaku dengan vaksin yang diambil.

Menjawab kepada satu soalan lain, proses pengasingan dan penulenan komponen vaksin dibuat dengan teliti, namun itu adalah standard pelaporan yang dipanggil ‘precaution statement’ (wajib ikut).

Ia biasa untuk mematuhi hak pengguna sama juga seperti dalam makanan.

Penyataan-penyataan tambahan (kandungan) itu sangat membantu untuk pengguna yang faham proses pembuatan vaksin dan mereka yang mempunyai masalah sensitif atau alergi.

"Bagi yang kurang faham tu, ikut saja pihak authority, bukannya sebarkan info sana sini,” pesan Dr Fatimah.