BILA sebut berkenaan vaksin, ada sesetengah individu berpendapat ia tiada keperluan.

Namun, banyak kelebihan apabila mengambil suntikan vaksin.

Vaksin mengandungi antigen, yang diperolehi daripada sebahagian atau keseluruhan struktur virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan.

Menurut laporan vaksin dan imunisasi Kementerian Kesihatan (KKM), antigen dalam vaksin berfungsi untuk merangsang sistem daya lawan jangkitan (sistem imuniti) tubuh membentuk imuniti terhadap jangkitan penyakit khusus.

Pada hari ini, kebanyakan vaksin adalah dalam bentuk kombinasi iaitu beberapa jenis vaksin digabungkan dalam satu suntikan agar kanak-kanak mendapat perlindungan terhadap beberapa jenis penyakit dengan hanya satu suntikan.

Ia menjadikan pemberian vaksin lebih praktikal dan kurang menyakitkan.

Vaksin mengandungi bahan aktif dipanggil antigen. Antigen ini sama ada dalam bentuk virus hidup, virus yang telah dimatikan, protein virus yang telah disucikan, toksin bakteria yang telah dilemahkan atau sebahagian dari struktur bakteria.

Vaksin juga mengandungi komponen tambahan seperti pengawet, penstabil, adjuvant dan beberapa komponen lain.

Setiap bahan yang terkandung di dalam vaksin mempunyai fungsi tersendiri dan menyumbang kepada kualiti, keselamatan dan  keberkesanan sesuatu vaksin.

Vaksin tidak mengandungi bahan yang boleh membahayakan tubuh badan.

Sesetengah vaksin dibuat menggunakan sel janin

Sel janin digunakan untuk membuat lima jenis vaksin; iaitu rubella, cacar air, hepatitis A, kayap dan penyakit anjing gila (rabies).

Ia digunakan untuk membiakkan virus-virus tersebut bagi penghasilan vaksin. Sel janin yang digunakan diperolehi daripada dua pengguguran elektif yang dijalankan di Sweden dan England pada awal tahun 1960an.

Pengguguran janin baru tidak perlu dijalankan lagi kerana sel janin yang diperoleh dalam tahun 1960an tersebut masih dikekalkan dalam kultur makmal.

Ahli saintis memilih untuk menggunakan sel janin atas beberapa sebab, iaitu:

i. Virus berbeza daripada bakteria kerana ia memerlukan sel untuk membiak. Sel manusia adalah media yang lebih baik bagi menggalakkan pembiakan virus manusia, berbanding dengan sel haiwan.

ii. Sel janin kebal dan boleh membiak banyak kali sebelum mati, berbeza daripada sel lain yang hanya membiak secara terhad sebelum mati.

Baca juga Lafaz taklik pada sijil nikah, bukan automatik jatuh talak jika ia dilanggar… Ini penjelasan pengamal undang-undang

5 fakta tentang vaksin, penting untuk ambil tahu

Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), ini lima fakta penting tentang vaksin yang wajib korang ketahui;

1. Vaksin mencegah penyakit membawa maut

Iklan

Tanpa vaksin, kanak-kanak tidak dilindungi daripada demam campak, difteria dan pertusis yang boleh meragut nyawa.

2. Campuran beberrapa vaksin adalah selamat dan berkesan

Menerima beberapa vaksin dalam masa yang sama tidak memberikan kesan negatif pada sistem imun. Kita menerima lebih antigen harian berbanding suntikan vaksin.

3. Vaksin selamat dan efektif

Iklan

Semu vaksin dikaji dengan teliti sebelum didaftarkan dan digunakan serta kesan sampingan sentiasa dipantau.

4. Vaksin memberi perlindungan secara selamat daripada jangkitan semula jadi.

Vaksin memberi tindak balas imun yang sama seperti jangkitan semula jadi tetapi vaksin kurang risiko berbanding jangkitan Semula jadi.

5. Jika kita hentikan imunisasi, penyakit boleh meningkat kembali.

Walaupun dengan tahap kebersihan yang sangat tinggi, difteria, pertusis dan polio akan kembali menjadi penyakit biasa.