JIKA korang pernah mempunyai perasaan sangsi dan kecenderungan untuk tidak mempercayai orang lain atau individu sekeliling termasuk keluarga, sahabat dan rakan sekerja, anda mungkin mempunyai personaliti paranoid.
Personaliti paranoid adalah salah satu jenis personaliti yang bermasalah jika tidak dikawal. Pakar percaya bahawa personaliti ini dialami oleh hampir 4% populasi.
Individu dengan personaliti ini mempunyai perasaan kuat bersangka, sukar memaafkan dan sering cemburu selain bersifat pentingkan diri dan sering bermusuhan.
Personaliti paranoid boleh dialami oleh pesakit pesakit mental seperti:
- Skizofrenia
- Skizoaffektif
- Bipolar dalam psikosis
- Penyakit Alzheimer
- Kecederaan otak
Setakat ini, tidak ada ubat yang diluluskan bagi merawat personaliti paranoid.
Pakar mencadangkan bahawa kaedah terapi kognitif dan akhlak boleh membantu mengurangkan simptom personaliti paranoid seperti;
- Menggalakkan individu dengan masalah ini percaya dengan orang lain.
- Mendidik individu dengan masalah ini agar tidak mempersoalkan kesetiaan ahli keluarga dan rakan rapat mereka.
- Menghalang individu dengan personaliti ini supaya tidak mengganggap komen yang dilemparkan oleh orang lain sebagai
ancaman.
- Mengubah respons individu dengan personaliti ini terhadap kecaman orang lain tanpa marah, agresif dan bermusuhan.
- Menggalakkan individu dengan personaliti ini agar mudah memaafkan orang lain dan tidak menyimpan dendam
Personaliti paranoid adalah antara penyebab seseorang individu itu gagal untuk maju dalam kehidupan mereka kerana personaliti tersebut mengganggu keupayaan mereka untuk bersosial dan bekerja.
Baca juga Teringin mahu ‘flawless’ dan kelihatan cantik seperti selebriti Korea, ini jawapannya…
Ia juga merendahkan mutu kehidupan dan memberi kesan terhadap individu terlibat, keluarga, rakan dan rakan sekerja.
Individu dengan personaliti ini boleh menjadi ganas, agresif dan membahayakan serta menyakiti orang lain.
Sebagai kesan, individu ini sering menyendiri dan tertekan.
Personaliti paranoid sering terjadi dengan penyakit mental lain seperti skizofrenia dan depresi yang mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri.
Oleh itu, individu yang bersimptom personaliti paranoid ini perlu mendapatkan rawatan dan terapi secara berterusan.