Wanita kayuh bersendirian maut, babitkan lori

Iklan
Wanita kayuh bersendirian maut, babitkan lori

BARU-BARU ini dilaporkan seorang wanita maut ketika mengayuh basikal secara bersendirian.

Insiden yang berlaku kelmarin di Putrajaya itu membabitkan sebuah lori.

Iklan
Iklan

Sementara itu, seorang saksi tampil berkongsi kejadian sebenar kemalangan itu.

Iklan

Menerusi perkongsian di Facebook bernama Shukri Hassan, kejadian itu berlaku di Presint 10, Putrajaya dan mangsa dikatakan berada di laluan sebelah kanan ketika itu.

Iklan

Menurutnya, selepas melakukan pemeriksaan, pegawai perubatan mengesahkan yang mangsa telah meninggal dunia.

Selain itu, dalam satu kenyataan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menasihatkan:

Bagi penunggang basikal

1. Sentiasa patuh kepada peraturan dan undang-undang jalan raya demi menjamin keselamatan diri dan pengguna jalan raya lain.

2. Pilih lokasi dan masa sesuai seperti kawasan kurang kenderaan, bukan di waktu puncak ketika pergi dan balik kerja.

3. Pastikan peralatan dan basikal mempunyai ciri-ciri keselamatan termasuk menggunakan 'roof rack carrier' sahaja pada kenderaan untuk mengangkut basikal.

Baca juga Baca buku percuma di perpustakaan @ u-Pustaka

Namun bagi pemandu kenderaan lain pula perlu bertimbang rasa dan lebih berhati-hati ke atas penunggang basikal kerana mereka amat terdedah kepada bahaya ketika di atas jalan raya.