MEMBACA jambatan ilmu. Salah satu cara untuk memperoleh ilmu pengetahuan adalah melalui amalan membaca.

Oleh demikian, Kementerian Perlancongan, Seni dan Budaya Malaysia telah memperkenalkan u-Pustaka sejak 2011 dan kini 515,477 rakyat Malaysia telah mendaftar sebagai ahli sehingga 31 Oktober.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri berkata kementeriannya menerusi Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) sentiasa memperkasakan perkhidmatan itu dan keahlian u-Pustaka terus menunjukkan peningkatan setiap tahun.

Katanya, perkhidmatan u-Pustaka juga dapat menyokong pembelajaran sepanjang hayat, pembangunan sosial dan ekonomi untuk meningkatkan kualiti hidup dan kualiti kerja melalui bahan elektronik dalam pelbagai perkara yang disediakan

Menurutnya, pengguna dapat berjimat dalam pembelian bahan-bahan bacaan bercetak terutama dalam suasana ekonomi yang tidak stabil akibat pandemik Covid-19.

Kini kementerian itu mengajak orang ramai mengamalkan amalan mulia itu melalui kempen Mari Membaca @ u-Pustaka!

Baca buku percuma di perpustakaan @ u-Pustaka

Ini 6 perkara yang perlu korang tahu berkaitan u-Pustaka;

1. Perkhidmatan u-Pustaka adalah percuma 24 jam sehari.

2. Perkhidmatan u-Pustaka adalah perkhidmatan maklumat yang boleh diakses di mana-mana atau pada bila-bila masa.

Iklan

3. Menawarkan 13.2 juta bahan bacaan digital secara percuma melalui pinjaman atau dibaca secara dalam talian menerusi laman sesawang www.u-pustaka.gov.my. termasuk;

  • 33,426 naskhah e-buku
  • 4,964 judul e-majalah
  • 6,429,103 artikel surat khabar
  • 98,981 e-Jurnal
  • 560,000 bahan e-pembelajaran

4. Mempunyai 1.7 juta muka surat kandungan tempatan merangkumi;

  • Manuskrip Melayu
  • Buku nadir
  • Koleksi negara
  • surat khabar tempatan

5. PNM melalui projek u-Pustaka sebagai Hab Maklumat Negara telah mendigitalkan kandungan tempatan seperti manuskrip Melayu, buku nadir, koleksi negara dan surat khabar tempatan melalui projek pendigitalan yang dimulakan pada 2018.

Iklan

6. Sehingga Disember 2019 sebanyak 1.7 juta muka surat bahan tempatan telah didigitalkan dan boleh diakses melalui portal u-Pustaka yang banyak memberi manfaat kepada rakyat Malaysia sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Baca juga Anak lelaki besar tanggungjawab menanti, ini perkara biasanya mereka perhati si bapa

Jadi, ayuh kita manfaatkan kemudahan yang diberikan secara percuma ini untuk menambahkan ilmu pengetahuan.