Kelainan rasa daging singgang patut dicuba, menu popular di Terengganu

Iklan
Kelainan rasa daging singgang patut dicuba, menu popular di Terengganu

BIASANYA kita nikmati menu berasaskan daging seperti sup, kari, masak dendeng, rendang, masak merah, kicap, tumis dan sebagainya.

Apa kata korang mencuba daging singgang yang mudah dimasak ini.

Iklan
Iklan

Menu ini sangat popular di Terenggganu. Tambah lagi pada musim hari raya Aidil Adha.

Jika daging yang segar dimasakkan singgang ini, memang bertambah-tambah sedapnya!

Iklan

Kelainan rasanya memang menjadi igauan buat peminatnya.

Jom tengok resipi yang dikongsikan oleh Shareena Nana ini bagaimana nak masak singgang daging.

Iklan

Bahan-bahan;

  • Daging
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Lengkuas
  • Belacan
  • Cili api
  • Serai yang diketuk
  • Asam keping

Cara-cara membuatnya;

1. Masukkan air sehingga mendidih baru masukkan kesemua bahan kecuali asam keping.

2. Apabila bahan-bahan tadi sudah masak atau air sudah mendidih, baru masukkan daging.

3. Tunggu daging separuh masak, baru masukkan asam keping.

4. Kemudian masukkan perasa seperti garam dan gula, seeloknya guna gula Melaka.

Cuba juga Kuih ketewol popular dalam kalangan orang Jawa, perlu rendam ubi hampir seminggu dalam tempayan

Siap dan boleh dihidangkan.

Selamat mencuba!