Kecoh telur ikan ada cacing parasit, pakar kimia jelaskan apa perlu dibuat

Iklan

BARU-BARU ini tular di media sosial mengenai satu posting Facebook kelihatan kantung telur ikan telah didiami cacing parasit jenis roundworm (nematodes).

Kata Dr Fatimah Salim, parasit sebegitu biasanya terdapat dalam tubuh makanan laut terutamanya ikan.

Iklan
Iklan

Rantaian kitaran hidup cacing berkenaan bermula dengan perumah (host) asal iaitu singa laut atau ikan dolfin.

Haiwan laut yang dijangkiti akan membuang najis yang mengandungi telur cacing.

Iklan

Bukan itu sahaja, larva berkenaan mampu memasuki bahagian badan ikan yang lain melalui saluran pengadaman.

Iklan

Selain daripada larva, cacing parasit dewasa juga boleh memasuki bahagian badan ikan yang lain melalui perut dan mendiami bahagian badan ikan tersebut termasuklah kantung telur ikan (ovari).

Ketahuilah bahawa risiko kesihatan daripada parasit dalam makanan adalah kurang jika dibandingkan dengan bakteria.

Baca juga 8 perkara yang perlu diamalkan untuk pesakit gout, Dr Zubaidi kongsi tip pemakanan

Namun, parasit itu terutamanya dalam bentuk larva boleh menjadi bahaya jika ikan dimakan mentah.

Ia boleh menyebabkan jangkitan parasit anisakiasis pada selaput perut.

Antara gejala jangkitannya adalah sakit perut, muntah, pening, cirit-birit, najis berlendir dan berdarah dan demam.

"Jika anda terbeli ikan atau bahagiannya yang mengandungi cacing parasit ini, boleh buang saja cacingnya.

"Jika tidak perasan akan kehadiran makhluk itu, sebenarnya suhu memasak dengan sempurna sudah cukup untuk membunuh parasit tersebut. Cuma isunya lebih kepada kebersihan dan rasa gelilah,” ujarnya lagi.

Dr Fatimah juga berpesan, jangan pula keliru cacing dengan saluran darah yang sememangnya jelas terdapat pada telur ikan ya.