8 perkara yang perlu diamalkan untuk pesakit gout, Dr Zubaidi kongsi tip pemakanan

A
A
A

PENYAKIT gout merupakan salah satu masalah yang sering diperbincangkan dalam masyarakat kita. Hanya orang yang pernah diserang gout dan pengidap penyakit tersebut, faham apa yang dikatakan gout.

Gout menyebabkan penghidapnya mengalami masalah untuk bergerak disebabkan sendinya sering keradangan dan bengkak.

Kebiasaannya rasa bengkak pada sendi di hujung jari kaki. Berdenyut-denyut. Rasa sakit tak payah cerita la. Sampai tak boleh tidur pun ada!

Menurut perkongsian oleh Dr Zubaidi Hj Ahmad di Facebook miliknya, gout adalah masalah keradangan pada bahagian sendi yang juga dikenali sebagai arthritis.

Keradangan sendi itu disebabkan oleh tahap asid urik yang tinggi dalam darah. Kebanyakannya melibatkan masalah sendi kecil seperti sendi jari kaki.

Asid urik terhasil daripada metabolisma molekul purin dalam badan. Purin pula terhasil metabolisma amino asid iaitu daging yang kita ambil dalam pemakanan kita.

Ini bermakna semakin banyak daging (yang mengandungi purin) yang kita makan, semakin tinggi tinggi asid urik kita.

Tetapi itu tidak menjadi masalah.

Asid urik selalunya dikeluarkan dari dalam tubuh kita melalui air kencing. Semakin banyak air kencing yang dikeluarkan (dengan meminum air kosong secukupnya), semakin banyak asid urik yang dikeluarkan.

Kegagalan ginjal untuk mengeluarkan asid urik dalam air kencing menyebabkan pengumpulan asid urik dalam tubuh.

Jadi asid urik yang tinggi dapat diturunkan bila kita minum air secukupnya, dan mengambil makanan yang kurang purin.

Namun begitu, ada beberapa kes yang mana pesakit mengalami serangan gout walaupun tahap bacaan asid urik normal. Ini kerana terdapat faktor keradangan (chronic inflammation) yang berada dalam tubuh.

8 perkara yang perlu diamalkan untuk pesakit gout, Dr Zubaidi kongsi tip pemakanan

Untuk pesakit gout, Dr Zubaidi bukan sahaja mencadangkan untuk mengelakkan makanan tertentu, tetapi juga untuk melakukan beberapa perkara.

Antaranya adalah seperti :

1. Menurunkan berat badan.Ini kerana pesakit yang obes selalu mengalami keradangan dalam tubuh. Faktor keradangan ini yang menyebabkan asid urik membentuk kristal. Sebab itu pesakit yang obes lebih mudah mendapat serangan gout walaupun tahap urik asid mereka normal.

2. Minum air secukupnya.Ini membantu lebih banyak asid urik dikeluarkan melalui air kencing.

3. Memilih makanan yang mempunyai karbohidrat kompleks seperti buah-buahan, sayur-sayuran segar dan bijirin penuh. Sayur-sayuran seperti ayam, asparagus, bunga kobis tidak meningkatkan risiko serangan gout.

4. Makanan dan minuman manis bergula yang juga mempunyai GI tinggi seperti kuih muih manis, roti dan kek juga harus dielakkan kerana ia meningkatkan tahap asid urik dalam darah.

5. Elakkan pengambilan lemak trans, seperti makanan bergoreng, marjerin, makanan berproses yang dijual dalam plastik dan tin. Elakkan lemak tepu seperti daging merah, daging terproses, lemak ayam/itik dan produk tenusu tinggi-lemak. Banyakkan pengambilan minyak sihat seperti minyak zaitun.

8 perkara yang perlu diamalkan untuk pesakit gout, Dr Zubaidi kongsi tip pemakanan

6. Pilih protein sihat iaitu daging haiwan tanpa lemak, telur dan kekacang.

7. Vitamin C dan vitamin E bukan saja membantu menurunkan paras asid urik tetapi juga mengurangkan tahap keradangan dalam tubuh.

8. Kopi kosong tanpa gula dan susu sejat juga membantu mengurangksn risiko mendapat serangan gout.

Secara spesifiknya, bagi pesakit gout, elakkan beberapa jenis makanan. Antaranya:

  • Organ dalaman haiwan seperti hati, paru, perut, jantung dan lain-lain. Ia mengandungi paras purin yang tinggi dan meningkatkan paras asid urik dalam darah.
  • Daging merah: kurangkan pengambilan daging lembu, kambing dan haiwan berkaki empat yang lain.
  • Makanan laut: Tidak semua makanan laut dan ikan tidak sesuai untuk pesakit gout. Ikan bilis, kerang kerangan, sardin dan ikan tongkol mengandungi purin yang lebih tinggi. Ambillah ikan secara sederhana.

Kesimpulannya, sekali lagi dua faktor yang dapat menurunkan risiko mendapat serangan gout iaitu minum air kosong secukupnya dan ambil makanan yang mengandungi tahap purin yang rendah.

Semoga bermanfaat.

Sumber : Facebook Dr Zubaidi Ahmad

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca