Tokti terpilih untuk diabadikan di Walk Of Fame, Adelaide

Iklan
Tokti terpilih untuk diabadikan di Walk Of Fame, Adelaide

"ALHAMDULILLAH, terima kasih semua yang menyokong saya tanpa jemu, peminat-peminat saya yang selalu ada dalam susah dan senang. Ini untuk anda yang bersama-sama saya selama ini."

Begitulah perkongsian penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza atau Tokti apabila mendapat pengiktirafan dunia diumumkan antara tiga selebriti dan pengkarya yang nama mereka bakal diabadikan Walk Of Fame di Sungai Torrens, Adelaide, Australia.

Iklan
Iklan

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya hari ini, Tokti amat bersyukur ke atas penghargaan tersebut.

Iklan

Berita gembira tersebut turut dikongsi oleh PA Tokti, Rozi atau dipanggil mesra Rozi Sang Dewi.

Katanya, ketika Tokti ke Adelaide mengadakan konsert solo di ‘Adelaide Festival Centre, OzAsia Festival’ pada tahun lalu, meski kondisi kesihatannya tidak begitu baik tetapi tampil yakin penuh amanah hingga ke akhir acara.

Iklan

Baca juga 9 bulan terpisah, video Aliff Aziz bersatu bersama isteri & anak-anak undang sebak

Sementara itu, portal tempatan turut melaporkan, yang menariknya Tokti terpilih selepas memecahkan rekod undian secara atas talian dan memenangi kategori Public Choice.

Lebih mengujakan apabila Tokti juga merupakan seorang penggiat seni negara yang pertama mendapat pengiktirafan itu di sana.

Bersama Tokti, dua lagi selebriti yang terpilih, pemuzik terkenal Australia, William Barton yang terpilih menerusi kategori AFCT Choice dan Penari Australia, Frances Rings yang dipilih menerusi kategori Critic's Choice.

Setiap tahun Adelaide Festival Center akan menamakan tiga selebriti atau pengkarya terhebat dunia berdasarkan tiga kategori iaitu undian orang ramai, pilihan pengkritik dan pilihan AFCT akan dipahat di Walk Of Fame sejak dilancarkan pada tahun 1973.

Setakat ini mereka sudah menampilkan 130 nama penggiat seni dunia sejak tahun 1973.