PENULARAN wabak pandemik Covid-19 memberi kesan kepada penyanyi dan pelakon, Aliff Aziz apabila terpisah daripada isteri, Bella Aziz dan anak-anak, Ayden Adrean, 3, dan Ara Adreanna, lima bulan sejak Mac lalu.

Bagaimanapun selepas sembilan bulan terpisah, keluarga kecil ini akhirnya bersatu semalam selepas Aliff selesai menjalani tempoh kuarantin seperti yang ditetapkan kerajaan.

Bella menerusi Instagramnya turut berkongsi momen penyatuan semula itu dan rata-rata pengikut dan rakan selebriti mengakui sebak melihat saat Ayden bertemu semula dengan Aliff.

“Alhamdulillah, reunited,” tulis Bella pendek.

Sebelum ini, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah pernah berkongsi video Ayden menangis kerana terlampau rindukan bapanya dan mengajak Bella ke Singapura.

Iklan

Sepanjang tempoh ‘perpisahan’ mereka, Bella terpaksa mengharungi tempoh sarat hamil, bersalin dan berpantang tanpa kehadiran Aliff di sisi.

 

Iklan