Netizen kecam usahawan rakam video sahabat meninggal, ini penjelasan Hafiz

Iklan
Netizen kecam usahawan rakam video sahabat meninggal, ini penjelasan Hafiz

SEBELUM ini, usahawan muda yang juga selebriti media sosial, Hafiz Mahamad banyak berkongsi kisah seorang sahabat sejatinya di laman sosial.

Iklan
Iklan

Terbaharu, semalam Hafiz turut berkongsi sebuah video perjalanannya ke kediaman rakan karibnya itu yang telah meninggal dunia.

Menerusi video tersebut, Hafiz juga sempat merakam pengebumian sahabatnya itu.

Iklan

Namun, perkongsian itu mengundang pelbagai respon daripada netizen.

Iklan

Baca juga 7 ahli keluarga peluk islam, terinspirasi setelah melihat video Ustaz Ebit

Ada yang turut mengatakan itu hanya semata-sama untuk 'content' dan 'marketing' olehnya.

Namun hari ini, Hafiz tampil memberi penjelasan di ruangan komen posting videonya semalam.

"Saya menjaga dia sejak awal dia sakit, saya call dia dan keluarga setiap hari ketika dia tak sedarkan diri. Sekarang bila dah tak ada, saya cuba jaga keluarga dia pulak dan Alhamdulilah keluarga dia minta saya gantikan tempat"sahabat” untuk masuk menjadi keluarga mereka. Di mana demi sebuah content atau marketing?

Sementara itu, video berdurasi 3 minit dan 38 saat itu telah mendapat lebih 3 juta tontonan sejak dimuat naik 23 jam yang lalu.