SEBAK dan sayu! Itulah gambaran yang dapat diunggap melalui kata-kata pendakwah dan sukarelawan terkenal, Ustaz Ebit Liew atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Liew apabila sebuah keluarga berbangsa Cina mengucapkan kalimah syahadah di hadapannya.

Berita gembira itu turut dikongsikan kepada umum oleh Ustaz Ebit melalui laman sosialnya di Facebook.

Menurut Ustaz Ebit, keluarga yang berasal dari Ipoh itu mengambil keputusan untuk memeluk Islam apabila sering melihat videonya membantu orang ramai yang dikongsikan di media sosial.

7 ahli keluarga peluk islam, terinspirasi setelah melihat video Ustaz Ebit

“Tujuh orang semuanya mengucap syahadah. Sampai sahaja, semua anaknya  rakam video sepanjang saya berada di situ.

“Rupanya setiap hari mak dan anak ini melihat video saya di Facebook. Selalu menangis tengok orang susah. Hati mereka teringin sangat hendak masuk Islam.

“Anaknya semua ingin jadi jutawan boleh bantu ramai orang. Anak 11 tahun kata, ‘ustaz beri saya nasihat, saya hendak jadi macam ustaz. Hendak jadi hero’.

“Saya kagum melihat kerajinan mak dan ayah. Anaknya semua rajin. Yang 11 tahun dan 7 tahun semua pandai kira,” tulisnya di Facebook.

Ustaz Ebit juga turut merakamkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Hafiz Ng dari Jabatan Agama Perak dan Ajk Masjid Cina yang membantu keluarga tersebut.

Iklan

Ustaz Ebit juga sempat memberikan sumbangan berupa  beberapa buah basikal kepada ahli keluarga tersebut.

7 ahli keluarga peluk islam, terinspirasi setelah melihat video Ustaz Ebit

Iklan

“Anak ini rajin tengah kumpul duit beli basikal. Saya hadiahkan semuanya basikal. Gembira jumpa keluarga yang sangat baik ini.

“Doakan perniagaan buah abang dengan kakak ini maju dan berkat. Jemput siapa nak beli buah. Borong dekat abang dan kakak ini. Semoga kaya raya dunia akhirat,” ujarnya lagi.