BAGI orang Islam, berkhatan adalah wajib ke atas setiap lelaki.
Ia boleh jadi sesuatu yang menyeronokkkan atau mungkin juga satu pengalaman yang mengerikan.
Kebiasaannya, kanak-kanak yang berusia lapan hingga 12 tahun akan melalui proses berkhatan.
Namun sekarang ramai juga ibu bapa yang memilih khatankan anak mereka ketika masih bayi.
Beliau berkongsi sedikit penerangan tentang penjagaan serta bagaimana menjadikan luka cepat sembuh.
Bantulah anak korang untuk melalui proses ini dengan penjagaan selepas berkhatan yang betul.
1. Jangan biarkan balutan luka tidak dibuka lebih 72 jam. Ia perlu dibuka, untuk pantau komplikasi berikut:
- Jangkitan / nanah
- Bengkak / bentan
- Jahitan terbuka
- Keruping melekat pada balutan
2. Luka berkhatan perlu dicuci 2-3 hari sekali menggunakan normal saline. Caranya:
- Bersihkan daki / darah beku sekitar luka
- Cuci luka dengan normal saline
- Periksa jika ada jahitan dan tanda jangkitan
- Tutup semula luka jika tiada tanda-tanda
3. Ada beberapa ubat yang dibekalkan oleh doktor selepas prosedur berkhatan:
- Tahan sakit - diambil bila perlu
- Antibiotik - perlu diambil ikut jadual
- Ubat cucian - lazimnya normal saline
- Elak sapu minyak / herba pada luka
4. Anak-anak kadangkala mengadu berasa ngilu bila kepala zakar bergesel dengan pakaian (seluar atau kain).
Itu perkara normal kerana ia bahagian yang sensitif dan sebelum ini ia dilitupi kulit, tetapi kini terdedah. Ngilu itu akan beransur-ansur hilang.
5. Pakai pakaian yang longgar dan selesa supaya aliran darah tidak terganggu dan dapat pengudaraan yang secukupnya.
Ini membantu proses penyembuhan luka. Boleh pakai seluar, asalkan tidak terlalu ketat.
Baca juga Risiko penyakit darah tinggi semasa hamil, boleh ancam nyawa ibu, bayi dalam kandungan
9. Luka berkhatan akan sembuh dalam masa 10-14 hari. Jika ada tanda-tanda berikut, jumpa doktor:
- Sakit/ bengkak/ merah melampau
- Pendarahan berterusan
- Lepuhan / nanah yang banyak
- Demam tinggi
10. Bergantung pada teknik khatan, mungkin perlu bawa anak berjumpa doktor untuk rawatan susulan.
- Jahitan konvensional - tak perlu dibuka
- Klamp - perlu jumpa doktor untuk dibuka
- Gam - tak perlu jumpa doktor semula
Semoga bermanfaat!