WhatsApp beri amaran khidmat terhenti buat beberapa telefon bermula 1 Jan ini

Iklan
WhatsApp beri amaran khidmat terhenti buat beberapa telefon bermula 1 Jan ini

JIKA korang pengguna WhatsApp, kena hadam amaran yang dikeluarkan ini.

Pengguna WhatsApp pada telefon iPhone dan Android mestilah mengemaskini telefon mereka kepada iOS 9 atau Android 4.0.3 jika ingin terus menggunakan khidmat aplikasi itu untuk tahun 2021.

Iklan
Iklan

Diingatkan,pengguna beberapa model iPhone dan Android perlu mengambil langkah untuk memastikan mereka dapat menghantar mesej 'Selamat Tahun Baru' setelah tengah malam menjelang tahun baru.

Iklan

Jika tidak, WhatsApp akan berhenti berfungsi pada beberapa telefon mulai 1 Januari ini.

Menurutnya, aplikasi messenger tidak lagi akan disokong oleh model telefon pintar tertentu yang tidak menjalankan sistem operasi iOS 9 atau Android 4.0.3, mulai Januari 2021.

Iklan

Ini terutamanya merangkumi iPhone 4 dan semua model sebelumnya.

Sekiranya korang mempunyai salah satu telefon bimbit yang terjejas dan tidak mahu kehilangan 'chat', korang dinasihatkan untuk 'back up' mesej WhatsApp agar tidak hilang.

Untuk berbuat demikian, buka 'chat' yang ingin korang simpan dan klik pada 'Group Info'.

Kemudian klik 'Export Chat' dan korang akan diberi pilihan untuk memuat turun 'chat' dengan media.

Baca juga Apple teruskan anjakan baharu dengan pembikinan kereta elektrik menjelang 2024, macam-macam reaksi diterima..

Aplikasi milik Facebook, yang mempunyai dua bilion pengguna di seluruh dunia, mengatakan bahawa pengaturan itu akan membantu menjaga 'chat' secara peribadi.

Sementara itu, dalam sebuah blog, syarikat itu mengatakan bahawa 'chat' boleh ditetapkan untuk tempoh tamat setelah tujuh hari bagi menawarkan 'ketenangan hati' 'chat' tidak kekal, sementara tetap praktikal untuk simpan 'chat' yang dikehendaki.