KUIH lompang sesuai dinikmati ketika sarapan pagi atau minum petang.
Kuih tradisi ini adalah antara kuih yang paling mudah dibuat yang hanya dimasukkan dalam cawan kecil dan dikukus.
Difahamkan, namanya diberi sedemikian kerana bentuk kuihnya yang mempunyai lekukan di bahagian tengah.
Ia juga turut dipanggil kuih kaswi bagi sesetengah tempat.
Iklan
Ayuh kita cuba resipi ringkas yang dikongsi oleh Suhailiza Zainal ini.
Bahan-bahannya;
Iklan
- 1 paket tepung beras
- 8 cawan air
- 2 cawan gula
- Daun pandan
Cara-cara membuatnya;
1. Masak air gula dan pandan.
2. Kisar semua adunan.
3. Tuang ke dalam acuan dan kukus.
4. Hiaskan kelapa parut bersama kuih lompang tersebut.
Cuba juga Tok Aji Serban popular di Terengganu
Selamat mencuba. Semoga bermanfaat.