BENAR kata orang, ibu adalah segala-galanya bagi anak-anak kan.
Begitulah yang terjadi kepada penyanyi lincah, Zizi Kirana.
Jika sebelum ini dia terkenal dengan imej seksi, namun kini tidak lagi setelah ditegur ibu tercinta.
Zizi Kirana turut berjanji dengan ibunya supaya tidak berpakaian seksi lagi.
Baru-baru ini juga, difahamkan penyanyi cantik itu turut ingin memadam foto-foto seksinya di laman sosial.
Namun, semalam Zizi Kirana tampil berkongsi satu pesanan buat pengikutnya di Instagram Story.
Baca juga ‘Top Nine 2020’ Mira Filzah curi perhatian
Katanya, dia sangat berasa lucu dengan warganet yang tidak sabar apabila melihat masih ada gambar seksinya di Intagram.
Zizi Kirana turut mendoakan agar kebaikan juga diberikan kepada semua.
Alhamdulillah, satu perubahan ke arah kebaikan!
Sumber foto: Instagram Zizi Kirana