SEMPENA hari terakhir bagi tahun 2020 ini, ramai pengguna Instagram mengambil peluang untuk membuat ‘Top Nine 2020’ di akaun mereka.

‘Top Nine 2020’ ini akan memaparkan sembilan foto pemilik akaun yang paling disukai ramai.

Tidak terkecuali, pelakon dan pengacara manis, Mira Filzah atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, dia bersyukur kerana telah menjumpai jodohnya pada tahun ini.

“Terima kasih Allah kerana memberkati saya lebih daripada yang saya layak.

“Syukur… Alhamdulillah untuk setiap hari dan untuk segalanya. Saya menjumpai jodoh saya!

“Tahun yang indah, terima kasih 2020,” tulisnya.

Foto ‘Top Nine 2020’ itu telah mendapat lebih 154 ribu tanda suka sejak dimuat naik 5 jam yang lalu.

Baca juga Mira Filzah tercalon 100 Wanita Tercantik 2020

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mendoakan kebahagian Mira Filzah bersama suami.

Iklan

galeriariani – Alhamdulillah. May Allah SWT continue to bless you with endless happy moments and success in this life and the next.

diba.cherus – Alhamdulillah… wedding of the year. Doakan kita yang single ni pulak.

rekateemor – Tahun yang penuh warna warni.

dayangimeh_1689 – Alhamdulilah… Semoga Allah permudakan segalanya dan semoga bahagia selamanya.

mimisaf._ – All about marriage. Have a blast in 2021 kak Mira.

Bagi yang teringin mencuba ‘Top Nine 2020’ boleh ke sini.

Iklan

Mira Filzah yang berusia 27 tahun sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, dengan sekali lafaz di Bukit Kiara, Kuala
Lumpur pada 3 September lalu.

Baca juga 5 pengantin popular bualan netizen 2020, Mira Filzah juara carta