BERITA baik! Bagi pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) yang membuat permohonan i-Sinar iaitu pengeluaran simpanan akaun 1, Kategori 1 bermula 21 Disember lalu boleh membuat semakan bermula Isnin ini, 4 Januari 2021.
Cara semakan adalah seperti berikut:
- Layari isinar.kwsp.gov.my
- Masukkan maklumat korang seperti nama dan juga nombor telefon yang telah didaftarkan.
- Klik semak.
Status permohonan korang akan dipaparkan.
Jika korang berjaya, pembayaran pertama yang anda telah setkan ketika membuat permohonan akan dikreditkan bermula 11 Januari 2021.
Jika korang tidak berjaya, sama-sama kita tunggu jika pihak KWSP menyediakan kemudahan untuk membuat rayuan.
Selain itu, tarikh pembayaran pengeluaran pula akan dibuat mengikut kategori 1 dan kategori 2 iaitu:
Permohonan bagi semua Kategori boleh dibuat dalam masa enam bulan bermula tarikh dibuka.
Artikel berkaitan: i-Sinar Kategori 1 sudah boleh mula mohon, hanya guna MyKad
Kaedah bayaran adalah seperti berikut:
- Pembayaran selebihnya akan dibuat secara bulanan mengikut jumlah dan tempoh permohonan pencarum.
- Pembayaran akan dilakukan menerusi kaedah pengkreditan terus (direct credit) ke dalam akaun bank milik pemohon.
Perkara penting sebelum memohon;
Untuk melancarkan proses permohonan, pemohon digalakkan untuk:
- Mendaftar i-Akaun KWSP
- Mengemaskini nombor telefon bimbit untuk menerima TAC di cawangan atau kios KWSP
Pastikan akaun bank yang diberikan kepada KWSP semasa pendaftaran adalah:
i. Masih aktif
ii. Milik anda
iii. Bukan akaun bersama
i-Sinar merupakan kemudahan yang diberikan kepada ahli KWSP yang terjejas ketika krisis Covid-19 untuk membantu mereka meneruskan kelangsungan hidup.
Ia merupakan sistem yang diperkenalkan KWSP untuk memudahkan ahli pencarum membuat pengeluaran Akaun 1 KWSP.
Artikel berkaitan: Pencarum KWSP kategori 1 layak dapat kelulusan automatik tapi perlu mohon online