MASA yang ditunggu kini sudah tiba! SinarPlus percaya ramai yang sudah mula memohon i-Sinar, keluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang dibuka bermula hari ini kan.

Bagi mereka yang memenuhi kriteria-kriteria di bawah ini, mohonlah sekarang.

1. Ahli yang tiada caruman dengan KWSP sekurang-kurangnya selama 2 bulan berturut-turut semasa permohonan; ATAU

2. Ahli yang masih bekerja tetapi telah mengalami pengurangan gaji pokok sebanyak 30% dan ke atas selepas Mac 2020.

Selain tidak perlu dokumen sokongan, ahli kategori 1 ini juga akan mendapat kelulusan secara automatik berdasarkan data dalaman
KWSP.

Namun, bagi yang masih tidak tahu cara untuk memohon, ini langkah-langkah untuk membuat permohonan;

  • Layari laman web rasmi i-Sinar di https://isinar.kwsp.gov.my/
  • Isikan Nombor MyKad.
  • Isikan Nombor Telefon Bimbit, Alamat Email, Alamat Rumah, Poskod, Bandar, Negeri
  • Pilih Amaun Pendahaluan ( Berdasarkan syarat layak),amaun bulanan pula ditentukan oleh KWSP dalam tempoh 6 bulan.
  • Selepas buat pilihan Amaun, pilih Bank
  • Pilih Bank untuk permohonan pengeluaran i-SINAR online Masukkan Akaun Bank (Simpanan/Semasa) yang aktif untuk buat pengeluaran i-SINAR
  • Pastikan nombor akaun bank aktif & betul bagi memastikan bayaran i-SINAR masuk tanpa sebarang masalah.
  • Sila sahkan bahagian pengesahan permohonan.
  • Klik Hantar
  • Permohonan anda akan diproses dan semakan boleh dibuat mulai 4 Januari 2021.

Artikel berkaitan: Pencarum KWSP kategori 1 layak dapat kelulusan automatik tapi perlu mohon online

Jumlah kelayakan pengeluaran Akaun 1 (i-Sinar)

Ini tertakluk kepada baki simpanan Akaun 1 ahli berdasarkan butiran terkini seperti berikut:

Iklan

a. Ahli yang mempunyai baki RM100,000 dan ke bawah dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran sehingga jumlah maksimum RM10,000.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.

Iklan

b. Ahli yang mempunyai baki lebih daripada RM100,000 dalam Akaun 1 boleh membuat pengeluaran maksimum 10% atau RM60,000 (yang mana lebih rendah) daripada Akaun 1.

Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga RM10,000.