Elak lakukan 4 perkara ini jika ada anggota badan lebam teruk, guna beberapa kaedah yang disyorkan...

Iklan

LEBAM kulit atau sering kita panggil hematoma adalah kumpulan darah di luar pembuluh darah.

Menurut Pegawai Perubatan, Klinik Ajwa, Dr Arisman, ia berlaku disebabkan pecah pembuluh darah kecil di bawah lapisan kulit dan merebak di sekitarnya tanpa merosakkan lapisan luar kulit dan tidak juga menyebabkan beku dalam pembuluh darah.

Iklan
Iklan

[caption id="attachment_32168" width="1024"] Dr Arisman.[/caption]

Lebam juga boleh berlaku pada semua organ selain daripada kulit seperti intrabdominal (dalam perut) hematoma, intracranial (dalam kepala) hematoma dan spleenic hematoma.

Iklan

Jadi, bagaimana ingin mengenali sama ada ia lebam ataupun bukan?

Menjawab kepada soalan itu, Dr Arisman berkata, lebam adalah sakit, bengkak pada kulit, berubah warna kulit dan berubah saiznya mengikut perubahan waktu (jam ke hari).

Iklan

Sebenarnya, penyebab utama lebam adalah trauma atau pada pembuluh darah.

"Misalnya kemalangan atau jatuh, selepas melakukan prosedur seperti suntikan ambil darah dan suntikan ubat. Juga boleh terjadi akibat urutan yang berlebihan, hentakan atau pukulan,” tulis beliau di Facebook miliknya.

Mengulas lanjut mengenai masalah lebam, Dr Arisman juga berkongsi, ada lebam yang timbul tanpa sedar atau tidak tahu puncanya. Ia perlu dapatkan rawatan segera untuk diagnosis.

"Lazimnya, lebam kulit tidak membahayakan nyawa tetapi masih perlu dapatkan pemeriksaan dan rawatan daripada doktor segera.,” pesannya.

Semasa pemeriksaan, doktor harus pastikan bahawa keadaan lebam seseorang tidak bertambah buruk oleh faktor pemicu lain, misalnya pesakit penyakit imun thrombocytopenia purpura, pesakit yang ada masalah perdarahan (haemophilia, von willebrand disease) atau pesakit kronik hati (chronic liver disease).

Menjawab kepada satu soalan lain, orang tua atau warga emas lebih cenderung ke arah itu kerana faktor pembuluh darah mereka lebih sensitif (fragile) atau mudah pecah.

"Jadi, pastikan orang tua kita tak biarkan buat kerja berat atau kerja-kerja yang berisiko terjadi kemalangan,” tambah beliau.

Baca juga Gajet buat anak lemah, pesanan Bonda Rozita tarik perhatian

Oleh itu, sekiranya berlaku hematoma yang teruk, anda perlu melakukan perkara-perkara berikut. Antaranya:

i) Elakkan mengambil ubat pencair darah seperti aspirin, plavix, warfarin.

ii) Elakkan ubat tahan sakit golongan Ubat antiradang bukan steroid seperti ponstan, celebrex dan ibuprofen.

iii) Elakkan mengambil bawang putih kerana ia boleh melambatkan pembekuan darah. Biasanya, pesakit hipertensi dan kolesterol tinggi selalu ambil suplemen bawang putih.

iv) Elakkan ambil suplemen vitamin E kerana ia boleh menyebabkan pembuluh darah melebar (boleh memburukan lagi keadaan hematoma) dan mengelakkan pembekuan berlaku dalam pembuluh darah.

Jadi, apa rawatan pertama di rumah yang boleh dilakukan?

"Mudah sahaja, orang ramai boleh pratikkan kaedah RICE sahaja,” tulis Dr Arisman.

Berikut perincian rawatan RICE yang boleh dilakukan di rumah:

1. R (Rest) – Berehat di rumah.

2. I (Ice) – Tuam (beralas) dengan ais atau pek sejuk (cold pack) selama 15 ke 20 minit sekurang-kurangnya 3 ke 4 kali sehari.

3. C (Compress) – Gunakan pembalut elastik, namun pastikan balutan tersebut tidak terlalu kuat.

4. E (Elevate) – Tinggikan kaki semasa tidur atau berehat. Biarkan tempat yang lebam lebih tinggi daripada paras jantung (untuk tangan dan kaki).

Ingat, sebarang lebam yang muncul boleh menjadi bahaya kepada nyawa kita.

Dapatkan konsultasi pertama dengan doktor lebih awal. Jangan biarkan selepas beberapa hari baru mencari rawatan. Semoga bermanfaat.