Catat peraturan di papan putih, ini cara Vivy Yusof didik anak

Iklan
Catat peraturan di papan putih, ini cara Vivy Yusof didik anak

SEMUA orang akan menetapkan azam apabila tiba tahun baharu.

Namun ada juga segelintir individu yang masih belum realisasikan azam lama dan bertekad memperbaharui dan ada juga antara mereka menyenaraikan apa yang ingin dicapai pada tahun ini.

Iklan
Iklan

Seperti seorang usahawan muda Vivy Yusof ini.

Iklan

Menerusi laman Instagram miliknya, Vivy memaparkan sebuah papan putih lengkap dengan senarai peraturan untuk 2021.

Foto yang berkapsyen"Perlembagaan 2021 telah ditandatangani. Ada lagi peraturan yang perlu ditambahkan oleh Ketua Dewan? #mommyischairman."

Iklan

Antara peraturan tersebut adalah ;

1. Tiada TV / gajet sehingga selesai membaca dan menulis.

2. Duduk dan makan sehingga selesai, masukkan pinggan kembali ke dapur.

3. Semasa 'snacking', mesti menggunakan mangkuk.

4. Setelah bermain, masukkan kembali mainan dan 'stationary' dalam kotak yang betul. Jangan bercampur-campur mainan.

5. Tidak membuang kertas.

6. Ikut kata kakak ketika ibu atau ayah tiada di rumah.

Baca juga JKNP jelaskan isu tular kes Covid-19 di Cameron Highlands, jangan percaya berita palsu!

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Vivy memberi pelbagai reaksi.

Apapun, peraturan sebegini sangat bagus terutama dalam melatih anak-anak berdisiplin.