YANG di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memandu sendiri kenderaan meredah banjir di Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1) hari ini ketika dalam perjalanan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Maran.
Baginda juga dilaporkan memandu sendiri kenderaan pacuan empat roda itu.
Selain itu, Facebook Istana Negara turut berkongsi video dan gambar-gambar perjalanan melawat mangsa banjir.
Turut berangkat sama, Tengku Panglima Muda Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.
Sementara itu, dalam perjalanan ke Maran, Al-Sultan Abdullah turut sempat berhenti di Plaza Tol Karak dan bertanya khabar kepada pemandu-pemandu lori yang terkandas.
Semalam, Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mencemar duli menyantuni mangsa banjir di daerah Raub, Pahang.
Artikel berkaitan: "Jaga kesihatan dan keselamatan diri, jangan bermain air banjir” – Titah Tengku Hassanal