KERANA kasih dan cinta! Suami sanggup berkorban nyawa demi isteri.
Begitulah yang terjadi di Johor apabila si suami sanggup bertindak memecahkan cermin kereta yang dinaiki mereka untuk selamatkan isteri dan kandungan berusia enam bulan ketika tersekat dalam banjir sebelum dihayutkan air deras di Batu 18 Jalan Kluang-Kahang, petang Sabtu lalu.
Dalam kejadian tersebut isterinya, Khairunnisa Ibrahim, 25, sempat diselamatkan orang ramai.
Media tempatan melaporkan, kereta Proton Waja miliknya dipercayai terjunam ke dalam parit di kawasan tersebut.
Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa pada hari kejadian terpaksa dihentikan kerana lokasi tersebut tidak dapat dimasuki oleh kenderaan dan paras banjir yang tinggi serta arus deras.
Bagaimanapun, mayat Md Rajihan dijumpai pada pukul 5.15 petang semalam, kira-kira 15 meter dari lokasi keretanya yang ditemui kelmarin.
Baca juga Orang Kuat Malaysia lemas ketika beri bantuan banjir
Katanya, mayat mangsa kemudian dinaikkan ke bot pasukan penyelamat sebelum diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom untuk bedah siasat.
Apa yang lebih memilukan apabila ketika jasad Md Rajihan ditemukan, isteri yang setia menunggu sejak pagi bermula SAR terpaksa dipapah dan ditenangkan ahli keluarga.