Laluan di LPT1 ditutup, pengguna dinasihat tangguh perjalanan

Iklan
Laluan di LPT1 ditutup, pengguna dinasihat tangguh perjalanan

EKORAN banjir semakin teruk di Pahang, Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad telah mengeluarkan notis keadaaan semasa sepanjang Lebuh Raya Pantai Timur 1 (LPT1).

Menerusi Facebook Lebuhraya Pantai Timur, ini senarai kemaskini jalan yang ditutup setakat jam 2 petang hari ini;

Iklan
Iklan

Antara Temerloh ke Lanchang (KM113 dan KM115)

1. Laluan di KM113 dan KM 115 (antara persimpangan Lanchang ke persimpangan Temerloh), LPT1 ditutup kedua-dua hala kepada lalu lintas susulan kenaikan air.

Iklan

Antara Lanchang ke Karak (KM84.6)

2. Laluan di KM 84.6 - KM84.7 (antara persimpangan Lanchang ke persimpangan Karak), LPT1 hala Kuantan masih ditutup kepada lalu lintas.

Iklan

Walau bagaimanapun laluan antara Lanchang hala Kuala Lumpur telah di buka pada jam 9 pagi pada 5 Januari 2021.

3. Pengguna dinasihati untuk menangguhkan perjalanan.

4. Pengguna dinasihati untuk mematuhi arahan petugas di lokasi.

5. Maklumat laluan alternatif

Boleh dirujuk ke Bilik Gerakan Bencana JKR Pahang di talian 09-5717157 atau muat turun aplikasi InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat.

6. Ikuti laman rasmi media sosial Lembaga Lebuhraya Malaysia/ANIH Berhad di Twitter @LLMTrafik @LPTTrafik dan Facebook @Lembaga Lebuhraya Malaysia @Lebuhraya Pantai Timur atau hubungi Hotline LLM di 1800-88-7752 dan LPT-Line di 09 5479111/ 1-700-818-700 untuk maklumat sahih dan terkini.

Baca juga [VIDEO]”Betul-betul depan kami tanah runtuh tu” – Lelaki kongsi tragedi di Bukit Fraser

Sementara itu, media tempatan melaporkan, paras air Sungai Pahang semakin mencecah tebing dikhuatiri melimpah dan membanjiri seluruh daerah jika cuaca kembali buruk.

Sebanyak 11 stesen amaran banjir (SAB) di negeri ini merekodkan bacaan paras air sungai melepasi paras bahaya.

Hati-hati korang yang berada di kawasan banjir, sentiasa peka arahan pihak berkuasa.