PERCUTIAN bertukar menjadi tragedi mengerikan!

Begitulah perkongsian seorang pengguna Twitter Madi, @madihahhsm yang berhadapan detik cemas terperangkap akibat tanah runtuh di Bukit Fraser, semalam.

“Alhamdulillah semua selamat. ‘Stay safe’ dan jaga diri semua.

“Ini jalan nak turun Bukit Fraser ke GAP. Tapi kami patah balik sebab jalan turun tu ada tanah runtuh yang lain.

“Jadi kami buat pilihan untuk patah balik untuk naik ke hotel Bukit Fraser . Tak sempat naik jadi tanah runtuh yang kedua ini pula.

“Kami ‘stuck’ dekat situ sebelum bantuan polis sampai. Selepas itu dalam jam 4 petang, polis datang minta kami tinggalkan kereta dan bergerak jalan kaki ke hotel dan dewan Bukit Fraser sebab kereta ‘totally’ tak dapat rentas.

“Esok (hari ini) baru semua transport dapat gerak sebab kerja pembersihan bahagian bawah dah selesai.

“Alhamdulillah semua ok… memang tak leh lupa la pengalaman ni. Tak sangka jadi macam ini… ‘Scary’!” kongsinya.

Sementara itu, portal tempatan melaporkan, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, sebanyak 139 runtuhan dikesan di sepanjang laluan naik dan turun Bukit Fraser dengan 60 daripadanya dilaporkan telah menghalang laluan.

Baca juga Agong mencemar duli melawat mangsa banjir, berharap rakyat dapat patuh SOP

Menurutnya, perkara itu dikesan selepas Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) menggerakkan “response team” ke tempat berlakunya tanah runtuh khususnya di tempat peranginan, Fraser Hill dan Jalan Lama Raub-Bentong untuk membuat penilaian risiko di lapangan.

Iklan

Jalan Lama Raub – Bentong dilaporkan masih ditutup akibat tanah runtuh dan ’response team’ JMG dalam tindakan untuk memasuki kawasan bagi membuat penilaian risiko di lapangan kelmarin.

Jadi, hati-hati korang memilih tempat percutian. Jika boleh elakkan dahulu kawasan berbukit buat sementara waktu musim tidak menentu ini.

Iklan