AL-FATIHAH. Berehatlah wahai sang wira yang berhati mulia membantu insan lain ketika dalam kesusahan.
Beberapa hari lalu, tular dua keping foto lelaki yang dikatakan maut ketika berhempas-pulas membantu mangsa banjir lain.
Portal tempatan melaporkan, kejadian itu berlaku di di Kampung Manjor, Kuala Krai, Kelantan pada malam kelmarin (6 Jan).
Dek kepenatan membantu mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara (PPS) menyebabkan Hakimin ditemukan lemas pada pagi semalam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Krai, Muhammad Rizwab Ar-Rafee Parsimin mengatakan pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.07 malam (6 Jan).
Seramai lima anggota ditugaskan ke tempat kejadian bagi menjalankan misi mencari dan menyelamat (SAR) namun terpaksa diberhentikan pada jam 12.31 tengah malam itu berikutan keadaan gelap selain hujan serta air mula melimpah di kawasan rendah.
Baca juga 8 sekawan tawar khidmat hantar pesanan dalam banjir secara sukarela
Operasi mereka yang sepatutnya bersambung pagi semalam namun telah dimaklumkan mayat mangsa sudah dijumpai oleh ahli keluarga.
Sifatnya yang mulia boleh dicontohi buat kita semua.