[VIDEO]Selawat Asyghil Zara Zya tarik perhatian

Iklan
[VIDEO]Selawat Asyghil Zara Zya tarik perhatian

UNTUK mendapatkan syafaat agung pada hari kiamat kelak, umat Islam perlu mencintai Nabi Muhammad SAW dengan memperbanyakkan berselawat ke atas Baginda.

Allah SWT berfirman yang bermaksud:"Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW), wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah al- Ahzaab, ayat 56).

Iklan
Iklan

Jasa yang cukup besar Nabi Muhammad SAW kepada umatnya adalah Baginda menyebabkan kita dapat mengecapi nikmat iman dan Islam.

Iklan

Salah satu bacaan selawat yang terkenal di kalangan umat Islam adalah selawat Asyghil.

Seperti perkongsian seorang pelakon kecil molek, Zara Zya atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin.

Iklan

Menurutnya, selawat itu sangat sesuai di amalkan untuk kita bila mahukan perlindungan daripada orang yang zalim dan bila kita dalam situasi genting.

Ini lafaz selawat Asyghil:

Allohumma sholli ‘alaa sayyidinaa Muhammad

Wa asyghilidz dzoolimiin bidz-dzoolimiin

Wa akhrijnaa min baynihim saalimiin

Wa ‘alaa alihi wa shohbihii ajma’in

Baca juga Jangan kaitkan anak saya dalam hal ini – Ziela Jalil tegur netizen

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikut Zara Zya mengucapkan terima kasih atas perkongsian baik itu serta memuji kesedapan suaranya.

Mari kita amalkan selawat Asyghil untuk mendapat manfaatnya.

Sumber : Instagram Zara Zya