PELAKON dan penerbit terkenal, Datuk Ziela Jalil Ziela Jalil meluahkan rasa kesal atas salah faham yang berlaku sehingga pelbagai cerita tidak betul disebarkan warganet berkenaan dirinya.

Ziela atau nama sebenarnya, Norzilah Abdul Jalil, 51, tampil menjelaskan situasi sebenar berhubung apa yang berlaku antara dia dan anak tirinya yang dikenali sebagai Najwa menerusi lama Instagramnya pada Khamis.

Menurut Ziela, salah faham tersebut timbul selepas sebuah portal hiburan mengeluarkan sebuah artikel yang meminta kepastian daripada seorang penerbit drama yang dikatakan sudah berkahwin dua tahun lalu.

“Cerita bermula daripada penulisan sebuah portal yang pada saya tak ada menyebut tentang bapa Najwa atau gambar yang jelas.

“Portal itu cuma nakkan kepastian penerbit drama yang dikatakan sudah berkahwin dua tahun itu dan meminta tuan punya badan untuk mengeluarkan kenyataan iaitu saya sendiri.

“Saya cuma terasa hati kerana Najwa telah minta pandangan saya dan anak saya, Dr. Julia dan kami pun sudah menasihatinya supaya mengabaikannya kerana kita tak nak panjangkan cerita.

“Malah saya juga menunggu masa yang sesuai untuk saya sendiri ceritakan perjalanan hidup saya dalam dua tahun lalu itu.

“Saya tidak langsung marah Najwa tentang kenyataan yang keluar, cuma saya rasa dia tidak perlukan pandangan kami sebenarnya. Najwa tak perlu mesej kami, dia boleh keluarkan kenyataan itu.

“Najwa tahu saya marah selepas kenyataan itu dikeluarkan, anak saya ada bermesej dengannya. Soalan anak saya telah dijawab Najwa, cuma saya kurang arif tentang pantun ‘sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua’. Saya rasakan ia tidak kena,” ujar Ziela.

Terdahulu nama Ziena hangat diperkatakan selepas berita perkahwinannya dengan pengerusi masjid Ibnu Mas’ud, Datuk Syed Osman Al Habshee di ketahui umum.

Pendedahan itu bermula daripada sebuah portal yang mendedahkan foto yang dikaburkan dengan memberi bayangan ia melibatkan seorang penerbit drama.

Susulan itu, anak tiri Ziela, Najwa tampil membuat membuat pengakuan individu yang dimaksudkan dalam artikel itu adalah bapanya dan Ziela Jalil.
Dalam perkongsian sama, Ziela turut menjelaskan dia tidak merujuk anak tirinya itu dengan panggilan ‘gadis itu atau wanita itu’ dalan kenyataannya sebelum ini sebagaimana yang didebatkan warganet di luar sana.

Iklan

“Saya nak jelaskan di sini, jangan salah faham, saya tidak marahkan anak tiri saya. Perkataan gadis itu atau wanita itu yg didebatkan netizen bukan kenyataan daripada saya tetapi ia keluar awal sebelum saya membuat penjelasan.

“Jangan kaitkan anak saya dalam hal ini kerana dia tidak bersalah. Kalau saya kahwin dengan suami orang, kesalahan itu daripada saya dan tak perlu mengaitkan dengan anak saya.

“Kita tiada kuasa untuk menentukan nasib kita macamana, semuanya di tangan Allah. Jadi hati-hati bila nak keluarkan kenyataan yang tak baik tentang orang lain kerana takut anda menelan balik kata-kata yang anda lemparkan pada saya,” katanya.

Iklan

Dalam pada itu, Ziela yang juga pemilik syarikat produksi Pena Creative Sdn Bhd itu juga turut menegur sikap warganet yang gemar membuat pelbagai spekulasi tanpa mengetahui cerita sebenar tentang sesuatu perkara.

“Untuk netizen di luar sana, cukup-cukuplah bercerita tentang rumah tangga orang. Kami OK sahaja. Anda nak bertelagah di luar sana dengan kata-kata yang tidak elok, anda beri pahala kepada kami.

“Takdir semua di tangan Allah. jangan terlalu mengatakan keburukan tentang diri orang, kerana suatu hari nanti kita akan telan balik apa yang kita kata pada orang, katanya.

(SUMBER & FOTO: Instagram Ziela Jalil)