Suka telinga manusia, ini 8 fakta tentang lipas yang mungkin anda tidak tahu

Iklan
Suka telinga manusia, ini 8 fakta tentang lipas yang mungkin anda tidak tahu

SERANGGA seperti semut, lalat, cicak dan lipas sering dijumpai di dalam rumah.

Walaupun tidak merbahaya, namun ia masih serangga perosak yang boleh mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan jika dibiarkan.

Iklan
Iklan

Jadi, sentiasalah pastikan ruangan dalam rumah kita sentiasa bersih terhindar daripada serangga berkenaan.

Iklan

Ini lapan fakta lipas yang mungkin korang belum tahu;

1. Lipas boleh meleperkan badannya

Iklan

Lipas boleh menyorok dan meloloskan diri melalui tempat yang sempit kerana ia boleh meleperkan tubuhnya sehingga 3 milimeter sahaja.

Ia berbuat demikian dengan mengangkangkan kaki-kakinya ke sisi tubuh.

3. Mampu hidup tanpa kepala

Lipas masih mampu hidup sehingga 2-3 minggu setelah kepalanya terputus. Mereka boleh hidup kerana bernafas melalui liang di badan, tetapi mereka akan mati selepas tempoh itu kerana kehausan dan kelaparan.

4. Lipas hidup dalam berkumpulan

Lipas hidup berkumpulan, tetapi ia tidak berstruktur seperti semut dan lebah. Apabila lipas makan, ia membuang najis. Najis lipas mempunyai bahan kimia yang akan menarik lipas-lipas lain untuk datang berkerumun.

6. Lipas menggigit manusia

Serangga omnivor ini makan tumbuh-tumbuhan, sisa makanan atau juga kulit manusia. Walaupun gigitan lipas tidak mendatangkan kemudaratan seperti sengatan lipan, kala jengking dan labah-labah, namun situasi itu tetap tidak diingini.

Baca juga Gagal ujian memandu berkali-kali, ini tip penting yang perlu anda buat

7. Lipas masuk telinga

Lipas masuk ke dalam telinga manusia kerana tahi telinga menghasilkan asid lemak berwap yang menarik perhatian mereka. Lubang telinga yang kecil, sempit dan lembap juga dirasakan sesuai untuk mereka jadikan tempat tinggal.

8. Lipas makanan eksotik

Di negara China, lipas diternak di ladang secara besar-besaran untuk dibekalkan kepada pengusaha-pengusaha makanan, ubat tradisional dan syarikat kosmetik. Di sana lipas dimakan macam kita makan keropok!

Sumber: Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan