SEMUA sedia maklum bahawa pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) bagi Kategori 1 sedang melalui proses pembayaran kepada pencarum yang lulus.
Ramai yang mendapat manfaat pengeluaran itu terutama kalangan suri rumah, pekerja yang diberhentikan atau dicutikan tanpa gaji dan sebagainya.
Rata-rata penggunaan wang tersebut untuk keperluan diri sendiri namun tidak bagi enam beradik ini.
Enam beradik ini menggunakan sebahagian wang i-Sinar bagi untuk menggembirakan hati ibu tersayang dengan menghadiahkan barang kemas baharu buat insan istimewa itu.
Menerusi perkongsian video di TikTok, Norsilawati Mohamad @anggun_juwita dia dan beberapa adik-beradiknya terus bergegas ke kedai emas bagi membuat kejutan kepada ibu mereka dengan memberikan seuntai gelang emas bersaiz besar.
Dapat dilihat ibu mereka itu menitiskan air mata kegembiraan apabila menerima hadiah yang tidak disangka-sangka tersebut.
Baca juga Bagaimana tahap penglihatan orang buta? Lelaki OKU (penglihatan) ini kongsi pengetahuan
Menjengah ruangan komen, para pengikutnya memuji tindakan tersebut serta sangat terharu di atas kejutan anak-anak buat ibu tercinta itu.
Justeru kepada yang masih punyai ibu dan bapa, bahagiakanlah mereka.
Sumber: Norsilawati Mohamad