PENGLIHATAN kabur, tidak jelas, tidak fokus adalah masalah penglihatan paling biasa dan kita mungkin menyedari perubahan kepada keadaan ini ketika usia mencecah 40-an.

Menurut Institut Mata Nasional (NEI), perubahan penglihatan adalah sebahagian daripada penuaan yang normal.

Bagi mereka yang sudah mempunyai masalah penglihatan seperti rabun ia mungkin memerlukan kita melakukan pemerikasaan mata terkini.

Tetapi jika sebaliknya, kita mungkin perlu melakukan pemeriksaan keadaan kesihatan kerana keadaan itu mungkin memberi isyarat sesuatu yang lebih serius akan berlaku jika tiada rawatan dibuat.

Namun ia berbeza pula dengan golongan yang benar-benar dilahirkan dengan masalah penglihatan atau lebih tepat lagi dipanggil buta. Kecacatan penglihatan atau buta juga dikenali sebagai blindness.

Bagaimana tahap penglihatan orang buta? Lelaki OKU (penglihatan) ini kongsi pengetahuanRamai dalam kalangan orang normal juga masih belum mengetahui tentang tahap penglihatan orang  buta.

Mereka sering meragui dan tertanya-tanya betul ke dia ni buta jalan tak guna tongkat dan tak langgar-langgar, boleh membaca suratkhabar, menulis dan sebagainya.

Seperti apa yang dikongsikan oleh salah seorang daripada golongan kurang upaya (penglihatan) yang dikenali sebagai Muhamad Ibrahim Loh di Facebook, beliau berkongsikan beberapa maklumat berkaitan golongan sepertinya.

Ini adalah perkongsian yang dibuat oleh Muhamad Ibrahim :

Iklan

“Di sini saya ingin berkongsi maklumat berkaitan orang buta.

“Secara umumnya orang mengetahui buta tidak dapat melihat keadaan di sekelilingnya, sebenarnya buta terbahagi kepada tiga tahap ia itu B1 buta tahap 1, B2 buta tahap 2, B3 buta tahap 3.

“B1 bermaksud penglihatan kedua-dua belah mata gelap dan tidak dapat melihat langsung apa-apa yang ada disekelilingnya.

“B2 boleh melihat sama ada sebelah mata atau kedua-dua belah mata dengan jarak yang sangat terhad.

“Biasanya jarak penglihatan B2 adalah antara satu meter hingga tiga meter dengan syarat objek itu perlulah besar dan untuk penglihatan yang lebih jelas dan terang.

“Kebiasaannya mereka akan menggunakan cermin mata atau kanta yang powernya lebih tinggi sekitar 700-1000.

“B3 pula kedua-dua belah mata boleh melihat dengan jarak antara tiga hingga lima meter dengan syarat objek itu perlu besar dan berwarna terang. Power cermin mata dan kanta yang digunakan pula adalah sekitar 450-800,” tulisnya di Facebook.

Kesimpulannya ialah buta tahap B2 dan B3 tetap wajib menggunakan tongkat apabila keluar berjalan walaupun masih boleh melihat degan jarak yang sangat terhad dan terang manakala waktu malam penglihatannya akan menjadi sangat kabur.

Sementara itu, walaupun mempunyai kekurangan penglihatan, Muhamad Ibrahim juga tidak lokek berkongsi ilmu dan beliau juga aktif di media sosial seperti Facebook.

Iklan

Menariknya, Muhamad Ibrahim juga pernah membuat Facebook live cara-cara bagaimana orang buta menggunakan telefon pintar terutama aplikasi menghantar pesanan mesej popular iaitu WhatsApp.

Nak tahu bagaimana? Jom kita tonton video ni..