[VIDEO]Budak lelaki kehilangan ayah kerana Covid-19, geng MAEPS pakat beri sumbangan

Iklan
[VIDEO]Budak lelaki kehilangan ayah kerana Covid-19, geng MAEPS pakat beri sumbangan

HATI anak mana tidak luluh apabila kehilangan ibu bapa tercinta.

Apatah lagi saat kehilangan itu kita tidak boleh lihat dan sentuh jasad arwah saat dimandikan dan dikafankan serta dikebumikan.

Iklan
Iklan

Seperti yang terjadi kepada seorang kanak-kanak ini apabila kehilangan bapa akibat virus Covid-19.

Seperti yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter @khairulFBI apabila memuat naik satu video memaparkan seorang kanak-kanak yang sedang menjalani kuarantin bersamanya di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

Iklan

Menerusi video berdurasi 1 minit 6 saat itu, kelihatan rakan-rakan lain yang berada di situ memberi semangat untuk kanak-kanak tersebut.

Iklan

Turut kelihatan kesemua mereka bekerjasama dan turut memberi sumbangan tanpa mengira agama dan bangsa.

[caption id="attachment_33570" width="1024"] Majlis bacaan yassin dan tahlil untuk arwah ayahnya turut diadakan.[/caption]Pemuda itu juga mendoakan yang terbaik buat kanak-kanak tersebut dan turut kongsikan nombor akaun bagi yang ingin memberi sumbangan.

Namun dalam posting berbeza pemuda itu turut menyatakan"Mana yang tak boleh Maybank boleh ke Agro Bank Norazah Binti Abdul Aziz - 2005561000081238" (ibu).

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 130 ribu tontonan dan hampir 8,000 ulang kicau.

Baca juga [VIDEO]Guna duit i-Sinar beli emas untuk mak, 6 beradik buat air mata si ibu gugur

Rata-rata warganet kagum dengan ketabahan adik tersebut dan turut memberi kata-kata positif buatnya.

Semoga adik ini terus tabah menempuh hari mendatang dan kuat dalam segala dugaan hidup.