SEMUA sedia maklum bahawa pengeluaran i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP/EPF) bagi Kategori 1 sedang melalui proses pembayaran kepada pencarum yang lulus.

Ramai yang mendapat manfaat pengeluaran itu terutama kalangan suri rumah, pekerja yang diberhentikan atau dicutikan tanpa gaji dan sebagainya.

Rata-rata penggunaan wang tersebut untuk keperluan diri sendiri namun tidak bagi enam beradik ini.

Enam beradik ini menggunakan sebahagian wang i-Sinar bagi untuk menggembirakan hati ibu tersayang dengan menghadiahkan barang kemas baharu buat insan istimewa itu.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Norsilawati Mohamad @anggun_juwita dia dan beberapa adik-beradiknya terus bergegas ke kedai emas bagi membuat kejutan kepada ibu mereka dengan memberikan seuntai gelang emas bersaiz besar.

“Selepas membeli, terus balik ke kampung di Aping, sampai di sana mak terkejut. Kami bagitau balik secara mengejut dan membawa makanan KFC.

“Sejurus mak membuka beg plastik tersebut, mak terkejut melihat bekas emas yang kami letak bersama kotak KFC tersebut,” tulisnya.

Guna duit i-Sinar beli emas untuk mak, 6 beradik buat air mata si ibu gugur

Dapat dilihat ibu mereka itu menitiskan air mata kegembiraan apabila menerima hadiah yang tidak disangka-sangka tersebut.

“Mak terkejut dan terus menangis. Tangisan mak adalah kebahagian kami adik beradik.

“Mak sedih sangat, mungkin mak teringat arwah ayah. Sebab ayah dulu selalu belikan mak emas. Tapi sekarang anak-anak pula yang akan buat mak gembira.

“Sebenarnya i-Sinar ini adalah masa kami kerja mula-mula dulu. Makla yang kejut kami bangun kerja setiap pagi. Mak masak sarapan untuk kami setiap hari.

“Mak yang tunggu kami pergi kerja seawal subuh di beranda rumah. Mak yang cuci baju kerja kami dulu. Bila balik kerja, mak dah masakkan kami lauk-lauk sedap.

“Semua mak buat untuk adik-beradik, tapi mak tak pernah mengeluh.

“Iya, tak terbalas segala jasa mak dan ayah, tapi sekurang-kurangnya dapatlah buat mak gembira,” katanya.

Guna duit i-Sinar beli emas untuk mak, 6 beradik buat air mata si ibu gugur

Iklan

Baca juga Bagaimana tahap penglihatan orang buta? Lelaki OKU (penglihatan) ini kongsi pengetahuan

Menjengah ruangan komen, para pengikutnya memuji tindakan tersebut serta sangat terharu di atas kejutan anak-anak buat ibu tercinta itu.

Justeru kepada yang masih punyai ibu dan bapa, bahagiakanlah mereka.

Iklan

Sumber: Norsilawati Mohamad

@anggun_juwitaI Sinar dahulukan untuk mak . Tak sangka mak menangis 😭 ##isinar ##isinarkwsp ##isinar10k ##fyp♬ original sound – Natalie Pienkawa