SEPERTI yang kita sedia maklum, negara sedang bergelut dengan gelombang ke tiga pandemik Covid-19.
Jumlah kes baharu kebelakangan ini mencecah lebih 3000 amat membimbangkan sesiapa sahaja.
Daripada jumlah kes baharu berkenaan, terdapat lima kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara, manakala penularan dalam negara pula adalah sebanyak 3,206 kes.
Sememangnya betul langkah kerajaan melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)2.0 di beberapa buah negeri bagi melandaikan semula kes Covid-19.
Virus yang tidak dapat dilihat itu akan menyerang sesiapa sahaja tidak mengira tua atau muda.
Seperti yang terjadi di Kelantan apabila baru-baru ini tular di laman sosial memaparkan penduduk di sebuah kampung sedang beratur beramai-ramai membuat swab test.
Menurut laporan portal tempatan, rupanya mereka adalah penduduk Kampung Chedok, Kelantan, yang tampil menjalani ujian Covid-19 bagi mengetahui keadaan kesihatan mereka.
Swab test dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang datang lengkap dengan memakai sut peralatan perlindungan diri (PPE).
Difahamkan, ujian itu dilakukan selepas terdapat kes positif yang datang dari pihak luar.
Baca juga Penghuni pusat kuarantin MAEPS main TikTok buat fashion show hilangkan bosan
Apabila KKM buat saringan dan ujian secara percuma, penduduk sukarela menjalani ujian bagi memastikan kesihatan masing-masing.
Semoga kita semua dapat memutuskan rangkaian Covid-19 ini dengan mengamalkan SOP seperti memakai pelitup muka, sentiasa membasuh tangan dan penjarakan sosial.