SEJAK kebelakangan ini, negara kita mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19 yang semakin mendadak.

Perkara ini pastinya merisaukan semua pihak termasuk pihak kerajaan sehingga Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) terpaksa dilaksanakan semula sebagai langkah pencegahan dan sekali gus mengurangkan semula kes Covid-19.

Selain mengenakan semula PKP, kerajaan juga telah membuka semua pusat kuarantin di seluruh negara bagi menampung pesakit yang semakin ramai dari hari ke hari.

Ini termasuk pembukaan semula pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) yang kini dihuni oleh pesakit dengan jumlah yang ramai seperti apa yang dapat kita dilihat di media sosial.

Penghuni pusat kuarantin MAEPS main TikTok buat fashion show hilangkan bosanOrang ramai terutama pesakit yang sedang menjalani tempoh kuarantin di sana sering berkongsi aktiviti mereka di platform media sosial masing-masing untuk dikongsikan kepada kenalan dan juga ahli keluarga.

Bermacam aktiviti yang mereka lakukan di sana untuk menghilangkan bosan dengan cuba mencipta suasana gembira selain memberi semangat kepada satu sama lain yang kini sedang melawan Covid-19.

Perkara yang paling digemari mereka adalah bermain TikTok. Ya, kini video TikTok mereka mula tular memasuki ‘For Your Page’ (FYP) aplikasi tersebut dan mendapat perhatian ramai serta dibanjiri dengan ribuan komen sehingga tular pula di media sosial lain seperti Facebook, Instagram dan juga Twitter.

Rakaman tular tersebut memperlihatkan penghuni pusat kuarantin di MAEPS menghilangkan kebosanan dengan buat fashion show sendiri! Wow sempat buat fashion show!

Kelihatan beberapa orang lelaki berjalan seperti catwalk dengan diiringi muzik seakan sedang membuang fashion show.

Iklan

Sementara itu terdapat juga dalam kalangan mereka yang menari bersama frontliner, bermain kad bersama pesakit lain dan ada juga yang menyanyi.

Memang sporting habis! Doktor, jururawat dan semua barisan pasukan perubatan pun turut sama melayan!

Macam-macam kerenah ya! Apa-apa pun mungkin mereka bosan terkurung di pusat kuarantin sementara menunggu kembali pulih.

Iklan

[VIDEO]Budak lelaki kehilangan ayah kerana Covid-19, geng MAEPS pakat beri sumbangan
Bukan hanya bermain TikTok, majlis bacaan yassin dan tahlil juga turut diadakan.
Apa salahnya mereka cipta kegembiraan sendiri. Luaran mereka nampak seperti gembira dan enjoy tapi dalaman siapa yang tahu.

Diharap semua pesakit yang sedang menjalani tempoh kuarantin segera pulih daripada penyakit Covid-19 dan boleh menjalni rutin kehidupan seperti sedia kala.

@syhdysraTheir other activities 😂 #fyp #foryou #maepsserdang

♬ She Share Story (for Vlog) – 山口夕依