Roti bakar telur goyang mudah pelengkap sarapan

Iklan
Roti bakar telur goyang mudah pelengkap sarapan

JIKA korang tidak berminat sarapan dengan menu berat, roti bakar telur goyang ini boleh dijadikan hidangan pagi yang berkhasiat.

Menu ini juga amat sesuai bagi korang yang berkerja dari rumah di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)2.0 ini.

Iklan
Iklan

Selain mudah disediakan, anak-anak pasti suka untuk menikmatinya.

Pekena pula dengan milo panas atau nescafe suam, pasti menjadi pelengkap sarapan korang.

Iklan

Bahan-bahan;

    Iklan

  • 2-4 keping roti
  • 2-4 biji telur
  • Mentega
  • Kaya
  • Garam dan lada sulah
  • Minyak masak

Cara membuatnya;

1. Bakar roti sehingga menjadi warna perang.

2. Sapu mentega dan kaya secukupnya di atas roti. Ketepikan.

3. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Goreng telur mata kerbau setengah masak.

4. Letakkan telur di atas roti bakar tadi dan taburkan sedikit garam dan lada sulah.

Cuba juga Daging bakar ‘Harimau Menangis’ patutlah tular, sedap tak terkata

Siap! Semoga bermanfaat.