PEMINAT makanan Thailand pastinya sudah biasa menikmati Daging bakar Harimau Menangis ini.

Di negara jiran, menu ini dikenali sebagai Sua Rong Hai.

Rupa-rupanya senang sahaja cara membuatnya. Guna bahan-bahan yang ada kat rumah saja. Cuma sos ikan saja mungkin korang kena beli.

Jika makan bersama sos hijau Thai, lagi padu rasanya. Cubalah!

Kata orang, menu ini dinamakan sebegitu kerana harimau menangis asbab dagingnya terlampau sedap.

Bahan-bahan perapan daging (perap 1 jam);

  • 1 kilo daging – ambil bahagian yang ada lemak baru sedap
    *cucuk-cucuk daging dengan garfu bagi bahan perapan mudah serap ke dalam daging
  • 6 Sudu Besar Sos ikan (nampla)
  • 6 Sudu Besar Sos tiram
  • 6 Sudu Besar Sos lada hitam
  • 1/2 cawan Minyak masak
  • 1 sudu kecil Lada hitam tumbuk
  • Garam gula secukup rasa

Cara membuatnya;

  1. Campur kesemua bahan di atas kecuali minyak dan perap daging selama 1-2 jam.
  2. Sebelum bakar/goreng anda campurkan minyak masak dan gaul dengan sebati.
    *tujuan letak minyak masak untuk bagi daging lembut dan juicy

Daging bakar 'Harimau Menangis' patutlah tular, sedap tak terkata

Bahan-bahan untuk buat sos hijau;

  • 3-4 biji cili api hijau
  • 6 biji lada hijau
  • Segenggam daun ketumbar (sekali dengan akar)
  • 6 ulas bawang putih
  • 3 sb sos nampla
  • 1/2 kiub ayam
  • 1/4 cwn gula putih / gula kabung
  • 1/4 cwn air limau nipis
  • 1/4 cawan air
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit tepung jagung

Cuba juga Kuih popular orang Banjar, kalakatar namanya

Iklan

Cara membuatnya;

1. Kisar semua bahan kemudian masak dengan tepung jagung sampai pekat.

Iklan

2. Sos hijau ni rasanya masam manis. Tak perlu letak garam banyak sangat atau langsung tak letak tak apa sebab dah ada rasa masin sedikit daripada kiub ayam tadi.

Selamat mencuba!

Sumber: Page FB Thailand punya