Swab test Covid-19 positif namun belum ada respon KKM, ini yang perlu anda buat

Iklan
WHO ingatkan tahun kedua pandemik Covid-19 mungkin lebih sukar

RAMAI orang terpanggil untuk mengetahui status kesihatan diri di musim pandemik Covid-19 ini dengan membuat swab test.

SinarPlus percaya tiada siapa pun antara kita meminta diri atau orang tersayang dijangkiti virus ini.

Iklan
Iklan

Apabila keputusan korang atau orang terdekat positif dan doktor sudah memberi notifikasi kes itu kepada Kementerian Kesihatan (KKM) tetapi masih tiada yang menghubungi, usah risau!

Iklan

Boleh lakukan terus dengan aplikasi MySejahtera.

Dengan Mysejahtera, korang boleh laporkan kes secara terus ke KKM.

Iklan

Sementara itu, korang juga perlu tahu bahawa kini, kes Covid-19 dengan gejala ringan akan mula dirawat di rumah.

Baca juga Derma darah ketika PKP dibenarkan, ini caranya

Walaupun tiada ahli keluarga yang dijangkiti, bolehlah mula merancang keperluan persediaan berikut sekiranya ada yang dijangkiti.

1. Sediakan satu bilik khusus untuk pesakit.

2. Sediakan set pinggan, gelas, sudu yang berasingan.

3. Sediakan tandas berasingan.

Jika berkongsi tandas, bersihkan setiap kali guna.

4. jangan kibaskan bantal, cadar dan selimut.

5. Jika ada tingkap, pastikan ia dibuka.

6. Sediakan hand sanitizer dalam bilik.

7. Lap barang-barang harian.

8. Sediakan ubat-ubatan asas (ubat batuk, demam, selsema, sakit tekak)

9. Sediakan 1 kotak botol air mineral.

Sumber: Public Health Malaysia