Derma darah ketika PKP dibenarkan, ini caranya

A
A
A

TAHUKAH korang hanya dengan satu beg darah yang didermakan boleh menyelamatkan tiga nyawa?

Bagi memastikan bekalan darah mencukupi kepada pesakit yang memerlukan setiap hari, Pusat Darah Negara memohon orang ramai untuk tampil menderma darah.

Derma darah diperlukan bagi menyelamatkan nyawa pesakit seperti untuk pembedahan, mangsa kemalangan atau untuk merawat pesakit kronik seperti leukemia, barah, penyakit jantung, penyakit hati dan hemophilia.

Sumbangan korang mungkin menyelamatkan nyawa mereka!

Justeru, sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, penderma darah adalah DIBENARKAN hadir untuk menderma.

Korang hanya perlu ikuti beberapa langkah ini untuk memastikan proses pendermaan berjalan lancar.

Untuk memudahkan perjalanan korang ke pusat kutipan darah, para penderma perlulah sediakan:

1. Membawa buku/kad penderma darah (untuk penderma regular)

2. Mendapatkan slip temujanji pendermaan darah. (Slip ini akan dihantarkan ke e-mel yang diberikan dan perlu disimpan sebagai bukti temujanji untuk menderma darah)

3. Mengisi borang pendaftaran penderma darah secara atas talian. Borang yang siap diisi akan dihantarkan ke e-mel tuan/puan dan seterusnya perlu dicetak.

Korang juga boleh layari link Pusat Darah Negara di http://linktr.ee/dermadarah untuk pemeriksaan kesesuaian bagi menderma darah sebelum merancang pendermaan darah.

Derma darah ketika PKP dibenarkan, ini caranya

Berikut adalah senarai Pusat Pendermaan Darah Statik PDN:

  • Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak

    Isnin – Jumaat : 7.30 pagi hingga 8.00 malam

    Sabtu – Ahad & Cuti Umum : 8.00 pagi hingga 4.00 petang.

  • Suite Derma Darah Puspanita, Presint 10, Putrajaya

    Isnin – Ahad : 10.00 pagi hingga 6.00 petang

  • PDN Donation Suite, Midvalley Megamall, Level 3 (Mezzanine), (Sebelah Tingkat Atas Daiso)

    Isnin – Ahad : 10.00 pagi hingga 8.00 malam

    ATAU di tabung-tabung darah atau kempen darah berdekatan.

Baca juga SPayLater, Shopee tawar ciri kemudahan beli dulu bayar kemudian tanpa kad kredit

Jika korang lalui jalan yang ada sekatan PDRM, hanya tunjukkan buku atau kad derma darah/slip temujanji /borang pendaftaran penderma darah secara online kepada pihak polis/tentera sepanjang tempoh PKP ini bagi melancarkan perjalanan ke pusat kutipan darah.

Bersamalah kita bantu menyelamatkan nyawa individu lain dan teruskan menjaga SOP bagi memutuskan rangkaian Covid-19.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca