Bekas pesakit Covid-19 ini kongsi panduan, semangat brotherhood di pusat kuarantin

Iklan
Bekas pesakit Covid-19 ini kongsi panduan, semangat brotherhood di pusat kuarantin

TIADA siapa yang minta untuk dijangkiti Covid-19.

Namun ketika negara dilanda panik serta keresahan gelombang ketiga ini, kisah bekas pesakit Covid-19 ini mungkin boleh membuka mata kita semua yang virus itu menyerang tidak kira usia.

Iklan
Iklan

Seorang pengguna Facebook dikenali Apit, tidak pernah menyangka dirinya dijangkiti Covid-19.

Katanya, setelah disahkan positif, dia terpaksa tinggalkan isteri yang belum tahu status kesihatannya dan empat hari menjalani kuarantin sendiri di rumah.

Iklan

Menurutnya, kisahnya bermula apabila pada 6 Januari lalu, seorang rakannya datang ke rumah mengambil barang namun dia tiada simptom.

Pada keesokan harinya, rakannya itu menghubunginya melalui telefon menyatakan pekerja di kilang tempat dia bekerja ramai yang positif Covid-19. Dia terus buat swab test.

Iklan

Pada 8 Januari, keputusan swab test rakannya menyatakan positif lalu Apit terus bergegas melakukan swab test pada hari yang sama.

Malangnya Apit mendapat simptom sakit tekak, batuk dan panas badan pada keesokan harinya. Demamnya lain macam. Panas bleh cecah 39-40 darjah. Tapi simptom orang lain lain.

Pada 10 Januari pada, Apit menghubungi klinik semula dan Klinik Kesihatan mengatakan keputusannya positif Covid-19.

Maka bermulalah detik hitam dalam hidupnya.

"Mereka minta aku untuk tunggu panggilan dari KKM untuk tindakan lanjut. Sementara menunggu, pihak KKM suruh aku kuarantin kat rumah dengan isteri aku.

Dalam tempoh kuarantin aku hanya perlu mengambil ubat deman, batuk dan sakit tekak.

Apit turut menceritakan suasana di pusat kuarantin MAEPS.

Kata Apit, ini senarai keperluan yang korang kena bawa bila kuarantin sini;

  1. Pakaian (jangan banyak sebab korang boleh pakai baju hospital orang bersalin tu) tak nak pakai pun tak apa.
  2. Kelengkapan diri (toiletteries) dan tuala.
  3. Bantal extra sebab bantal dia tak selesa sangat.
  4. Selimut (Baju sejuk) Penting wey. Sejuk dia bukan buat main. Tambah-tambah lagi duk katil atas. Jangan lupa stokin gak.
  5. Makanan dan minuman (Maggi, gula-gula dan minuman 3 in 1). Malam lapar. Jangan mimpi nak order food panda ke grab ke.
  6. Ubat-ubatan (panadol, ubat demam, batuk, sakit tekak, cirit birit, minyak angin).
  7. Vitamin C (Kalau bleh yang 1000mg tu)

Menurut Apit, di MAEPS ada pesakit dari tiga negeri iaitu KL, Selangor dan Melaka.

"Satu pengalaman yang sangat berharga untuk aku kenang. Banyak perkara yang akan aku rindu bila kat sini. Kita ambil yang positif," ujarnya.

Baca juga "Orang meninggal depan mata, mayat terus masuk dalam guni berzip warna hijau” – Pesakit Covid-19

Ini sedikit info yang Apit dapat daripada doktor sepanjang di pusat kuarantin;

"Alhamdulillah hari ini 18 Januari aku dah discharge. Pengalaman buat aku. Stay safe korang. Terima kasih Allah SWT untuk peluang nikmat sihat," kongsinya.

Semoga kisah bekas pesakit Covid-19 ini mungkin boleh membuka mata kita semua yang virus itu menyerang tidak kira usia.