"Orang meninggal depan mata, mayat terus masuk dalam guni berzip warna hijau" - Pesakit Covid-19

01"Orang meninggal depan mata, mayat terus masuk dalam guni berzip warna hijau" - Pesakit Covid-19
01"Orang meninggal depan mata, mayat terus masuk dalam guni berzip warna hijau" - Pesakit Covid-19
A
A
A

"PADA 24 Disember, saya dapat simptom Covid-19 yang pertama, demam. Suhu badan tak terlampau panas tapi paling tinggi 38 darjah macam tu. Saya ke klinik ambil ubat demam dan batuk sebab masa tu dah mula rasa tak sedap dada."

Begitulah perkongsian seorang pengguna Facebook Wan E'reen Wan Hasan yang tampil menceritakan pengalamannya terkena virus berbahaya itu.

Menurutnya, selepas tiga hari baru terasa tekak seperti kering walaupun tidak sakit dan badan mula berpeluh. Peluh pula keluar sejuk seperti ais.

"Lepas tu rasa macam pelik kenapa badan dah tak panas namun biji mata ni rasa macam nak terkeluar. Saya masih sambung makan ubat dan pergi kerja seperti biasa. Sehari ke sehari saya saya rasa sakit belakang. Letak macam-macam nak bagi lega. Sakit tu masih menyucuk. Mula rasa sesak nafas teruk then lagi teruk.

"Pada 30 Disember kebetulan saya cuti, mula selsema dan hidung berdarah. Saya buat swab test dekat swasta, masa tu buat RTK je. 30 minit menunggu, keputusannya positif.

"Nak tahu apa jadi pada 31 Disember? Telefon Kementerian Kesihatan (KKM) Petaling, mereka cakap tunggu giliran sebab ramai sangat. Mereka cakap jika teruk, telefon ambulan. Saya dah sesak nafas. Ambulan datang ambil masa tu doktor yang sedang bertugas terus tepuk dada saya kuat-kuat sementara oksigen tu nak sambung," tulisnya.

Kata wanita itu, ketika ujian Covid-19 yang kedua masih juga positif.

"Swab test kedua, PCR dekat hospital masih positif, saya dah makin teruk. Dehydrated sebab dah banyak hari takda selera makan, hilang deria rasa dan bau.

"Lepas tu cek jantung semua, bacaan semua dah tak cantik. Then, amik darah dekat nadi, dekat nadi guys! Sakit! Doktor nak chek oksigen dalam darah cukup ke tidak.

"Yes, memang saya makin teruk doktor terus naikkan bantuan oksigen lagi tinggi. Sampai dekat hospital, lima hari saya dekat wad kritikal, mereka 'monitoring', sehari kena amik darah empat hingga lima kali... doktor cakap sudah masukkan saya dalam list untuk masuk ke ICU. Jika oksigen masih tidak boleh membantu, mereka terpaksa gunakan alat bantuan pernafasan.

"Masa tu hanya ingat anak je. Serius anak kat kepala! Gagahkan diri bangun pergi tandas walaupun masa tu doktor nak masukkan tube kencing. Tekanan darah pula 78/50, oksigen dalam 80 lebih. Tengok orang meninggal depan mata, mayat terus masuk dalam guni berzip warna hijau," ujarnya.

Katanya, kebanyakan yang keluar ICU, mereka akan dipantau dekat wad kritikal.

"Bila oksigen mereka dibuka, serius mengelupur. Sebab dekat ICU dah bergantung dengan alat bantuan penafasan sebelum ni.

"Situasi dekat wad, ada pesakit yang mengamuk, stres, nak bunuh diri serta nak balik menjerit-jerit. Katil sana tak pernah kosong! Penuh! dua nurse jaga 28 katil! Bayangkan, merekalah nak kena bagi drip, cuci berak pesakit, kutip sampah, monitor patient dan sebagainya.

"Saya dekat situ masa tu memang ingatkan anak-anak je. 'Aku kena lawan, kalau aku balik aku kalah, anak-anak tidak dapat cium aku'," katanya.

Menurutnya, paru-paru sebelah kanan ada darah beku dan kuman merebak.

"Lepas tu doktor buat keputusan nak buat scan. Nak tahu result? Paru-paru kanan saya dah start ada darah beku and worst, kuman dah merebak. Saya dah jadi Pneumonia rupanya!

"Akhirnya selepas lima hari di wad kritikal, doktor pindahkan saya ke wad biasa. Katil saya betul-betul dekat dengan kaunter nurse.

"Masa tu, bangun pergi tandas memang terasa sesak nafas lagi. Hari-hari doktor cuba turunkan oksigen.

"Yes, saya boleh survive dan pada hari ke-10 doktor bukakan oksigen.

"Dan akhirnya alhamdulillah! Hasil doa ibu, keluarga dan kalian semua. Saya dah boleh discharged, jumpa anak-anak. Tapi, saya dah tak normal macam dulu, doktor cakap ia ambil masa sekurangnya lima bulan untuk sembuh.

"Jadi lepas ni saya akan jumoa pakar paru-paru dekat IPR. Setiap hari saya kena ambil suntikan cair darah sendiri 4jab ok! Ubat kena makan almost 20 biji. Tiga hari balik rumah masih rasa sesak nafas, dah Pneumonia kan. Badan saya cramp sebelah kanan dan kepala sakit bila tak cukup oksigen. So now memang betul-betul rehat kat katil," kongsinya.

Baca juga Hargai abang dan kakak frontliners, wanita ini sediakan sesuatu di muka pintu

Pesan wanita itu, guys! Covid-19 ini real.

"Jangan duk galak sangat gelak-gelak, melancong sana sini. Time camni pun ada yang sembang pasal politik lagi. Kuman ni memang tak nampak, saya pun tak tahu dari mana dapat Covid-19. Syukurnya anak-anak negatif.

"Sekali diserang boleh MEMBUNUH! Just stay at home! Tak payahla bengang tak dapat balik kampung ke apa, yang paling bahaya yang tiada simptom pun positif. Balik kampung kena pula pada orang tua, sanggup?

"Dekat wad kritikal tu ramai orang tua yang ada sakit buah pinggang, jantung, kencing manis dan darah tinggi, mereka ini lagi risiko sebab apabila diserang Covid-19, mereka memang 'collapse' terus. Kuat dengan tak kuat lawan je.

"Sebelah katil saya, aunty tu kena strok, datang sesak nafas hanya mampu gerakkan kaki sebelah dengar macam nyawa nak kena cabut! Bayangkanlah.

"Nurse dekat sana paling takut jaga ICU! Sebab? Sana kuman lagi worst! Dorang betul-betul berkorban untuk kita semua, tolonglah hargai mereka. Nak solat pun terkejar-kejar.

"InsyaAllah saya akan masuk kerja pada 20 Januari ini. Will see how, as for now still tak boleh nak buat kerja berat. Borak-borak macam dulu-dulu, doa kan saya cepat sembuh boleh dukung anak. Terima kasih doktor dan nurse Hospital Sungai Buluh, jasamu dikenang.

"Please, please, please, take care guys!" pesannya.

Semoga kisah bekas pesakit Covid-19 ini mungkin boleh membuka mata kita semua yang virus itu menyerang tidak kira usia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca