Beri inspirasi dunia pekerjaan, 6 K-drama ini patut ditonton

Iklan
Beri inspirasi dunia pekerjaan, 6 K-drama ini patut ditonton

BAGI mencapai kehendak manusiawi dan menampung kehidupan, kita perlulah bekerja untuk memperoleh pendapatan yang halal dan tidak bertentangan dengan syariat.

Tidak kira sebagai peniaga, tokoh korporat, petani, pekebun, penternak dan nelayan, petukang, penjawat awam atau sektor swasta dan sebagainya asal sahaja niat bekerja kita kerana Allah SWT.

Iklan
Iklan

Sekiranya semasa bekerja kita membantu memudahkan urusan orang ramai, ia juga dikira sebagai pahala. Alhamdulillah!

Iklan

Bagi korang yang sudah bekerja ini mesti tahu peritnya hidup untuk mencari sumber rezeki.

Iklan

Jadi, apa kata korang tonton enam K-drama yang boleh memberi inspirasi ini.

1. Kkondae Intern (2020)

Berkisahkan tentang Ka Yul Chan (Park Hae Jin) tidak tahan perangai bos yang buruk (Kim Eung Soo), Yul Chan terpaksa berhenti kerja di syarikat itu.

Setelah dinaikkan pangkat di syarikat pemakanan, Yul Chan ditakdirkan bertemu semula dengan bos lamanya.

2. Hot Stove League (2019)

Kisah tentang sebuah team baseball yang tidak berprestasi, tetapi berkeinginan untuk bermain di liga utama Korea.

Selepas kehadiran Manager baru, (Nam Koong Min), team mereka menghadapi pelbagai halangan sehingga membuatkan mereka team yang terhebat!

3. Good Manager (2017)

Kim Sung Ryong (Nam Koong Min) yang merupakan seorang akauntan handal dan pernah bekerja dengan mafia.

Kemudian bertukar profession untuk menjadi Accounting Manager di Grup TQ. Dia perlu memilih, melawan korupsi syarikat atau ikuti niat awal bekerja disana.

4. The Producers (2015)

Cerita tentang industri kreatif di siaran TV. Baek Seung Chan (Kim Soo Hyun) sebagai editor yang sentiasa kena OT, Ra Joon Mo (Cha Tae Hyun) yang terpaksa memberhentikan programnya TV serta Tak Ye Jin (Gong Hyo Jin) yang annoyed dengan perangai artis.

5. Misaeng (2014)

Menceritakan perjuangan para pegawai di sebuah syarikat perdagangan. Jang Geu Rae (Im Si Wan), seorang pegawai baru yang berjuang menyesuaikan diri di dalam dunia kerja.

Dia daripada seorang yang blur mampu menjadi pekerja yang hebat!

6. Start Up

Memaparkan pasang surut kehidupan anak muda yang ingin berjaya dalam dunia bisnes.

Seperti K-drama yang lain juga, drama Start-Up turut padat dengan pelbagai elemen menarik seperti komedi, pengajaran tentang kehidupan, konflik dan cinta tiga segi antara Dal-mi, Do-san dan Han Ji-pyeong yang dilakonkan oleh Kim Seon-ho.

Baca juga Hati-hati, 5 penyakit ini bermula daripada demam

Semoga ia dapat memberikan inspirasi buat korang untuk terus bersemangat dalam mencari rezeki.

Sumber: Maukerja Academy