PADA musim sekarang, bila sebut sahaja demam pasti antara kita terlebih risau kan? Yelah takut dan ngeri dijangkiti Covid-19.

Jika risau dengan keadaan diri, bolehlah melakukan swab test virus tersebut di klinik atau hospital berdekatan.

Jika tidak dijangkiti virus merbahaya itu, syukur alhamdulillah tapi jika korang alami demam yang turun naik, itu bahaya.

Demam bukan penyakit, tetapi ia gejala masalah kesihatan.

Peningkatan suhu badan ini adalah pertahanan terhadap jangkitan yang menyerang badan.

Korang dikatakan demam sekiranya suhu badan meningkat di atas purata normal.

Pada orang dewasa, dikatakan mengalami demam jika terdapat peningkatan suhu di atas 38 darjah (diukur melalui mulut), atau di atas 38.3 darjah (diukur melalui dubur atau telinga).

Manakala pada kanak-kanak dan bayi, jika suhu mencapai >38 darjah pada pengukuran melalui dubur.

Ini lima penyakit bermula dengan demam yang patut korang ketahui;

1. Demam denggi

Demam denggi adalah jangkitan yang disebabkan oleh virus denggi. Virus ini disebarkan melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti. Kejadiannya akan meningkat ketika musim hujan.

Gejala demam denggi adalah demam yang tiba-tiba mencecah 39 darjah dan berlangsung dua hingga tujuh hari.

Selain demam, ia juga boleh disertai dengan sakit otot dan tulang, menggigil, kelemahan, sakit kepala, sakit di belakang mata, ruam kemerahan pada kulit dan mual serta muntah.

2. Demam kepialu

Sama seperti demam denggi, demam kepialu berlaku kerana jangkitan Salmonella Typhi dan dikaitkan dengan kebersihan dan sanitasi persekitaran yang kotor.

Demam kepialu biasanya berlangsung lebih tujuh hari. Suhu perlahan meningkat setiap hari, tidak seperti demam denggi yang tiba-tiba tinggi.

Demam ini boleh disertai dengan gangguan sistem pencernaan seperti loya, muntah, kembung, cirit-birit atau sembelit.

Selain itu, penghidap juga mengalami sakit kepala, sakit otot dan kelemahan.

3. Malaria

Malaria adalah penyakit yang disebabkan oleh parasit Plasmodium. Malaria disebarkan melalui gigitan nyamuk yang dijangkiti parasit plasmodium.

Gejala demam malaria boleh muncul kira-kira satu minggu selepas jangkitan. Gejala yang disebabkan dikenali sebagai triad malaria yang terdiri daripada demam, menggigil dan berpeluh.

Iklan

4. Sakit tekak

Sakit tekak adalah masalah bagi semua orang, dari kanak-kanak hingga orang dewasa boleh mendapat penyakit ini. Gejala termasuk demam, batuk, hidung berair, bersin, menelan yang menyakitkan dan sakit kepala.

Biasanya penyakit ini disebabkan jangkitan kuman, jadi memerlukan rawatan antibiotik.

Baca juga Tak elok bekukan makanan yang siap dimasak untuk tempoh lama? Ini pencerahan daripada pakar kimia

5. Hepatitis

Hepatitis adalah penyakit hati yang disebabkan oleh virus hepatitis. Terdapat pelbagai jenis virus hepatitis, iaitu hepatitis A, B, C, D, dan E. Namun, hepatitis A, B, dan C.

Tanda dan gejala adalah demam, sakit perut kanan atas, mual dan muntah, penurunan selera makan, kelemahan, keletihan, sakit sendi, kulit kuning dan sklera mata, dan urin gelap.

Iklan

Jadi, sekiranya korang mengalami demam berterusan selama lebih tiga hari, berjumpa doktor dengan segera supaya anda dapat mengetahui penyebabnya.

Selain pemeriksaan daripada doktor, korang juga perlu melakukan ujian darah di makmal untuk memastikannya.

Semoga bermanfaat!

Sumber: klikdokter