SEMUA maklum, dalam sesi pembentangan Belanjawan 2021 lalu, Menteri Kewangan telah mengumumkan Bantuan Sara Hidup (BSH) digantikan kepada Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
BPR merupakan bantuan berbentuk wang diberikan kepada rakyat yang layak menyasarkan semua golongan daripada B40 sehinggalah M40.
Namun, jika korang belum pernah memohon BSH sebelum ini, korang boleh memohon bermula hari ini, 15 Januari sehingga 15 Februari 2021.
Ini bagi memberi peluang kepada mereka yang layak tetapi belum mendaftar untuk memohon BPR.
Permohonan hanya secara online di https://bpr.hasil.gov.my
Bantuan yang diberikan pula berbeza bagi setiap kategori, iaitu;
- Individu Bujang berpendapatan kurang dari RM2500: RM350
- Isi rumah pendapatan kurang dari RM2500 : RM1200 (1 orang anak), RM1800 (2 orang anak ke atas).
- Isi rumah pendapatan RM2501- RM4000 : RM800 (1 orang anak), RM1200 (2 orang anak ke atas).
- Isi rumah pendapatan RM4001- RM5000 : RM500 (1 orang anak), RM750 (2 orang anak ke atas).
Sedikit pembaharuan pada BPR kali ini adalah, had bagi golongan bujang diturunkan kepada 21 tahun ke atas berbanding sebelum ini ketika BSH iaitu 40 tahun ke atas.
Semakan juga boleh dilakukan dengan login ke https://bpr.hasil.gov.my/Account/Login
Masukkan nombot kad pengenalan dan kata laluan.
Pembayaran dijangka akan dibuat sebelum Hari Raya Aidilfitri 2021.