Sudah hilang idea berada di rumah sepanjang PKP? Berikut 20 aktiviti bermanfaat yang boleh di rumah bersama anak-anak...
HARI ini sudah genap satu minggu kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikuatkuasakan semula sejak 13 Januari sehingga 26 Januari akan datang.
PKP pada perlaksanaan kali ini melibat beberapa negeri. Antaranya Selangor, Pulau Pinang, Sabah, Melaka, Johor, Wilayah Persekutuan (Putrajaya, Kuala Lumpur, Labuan) dan Kelantan.
Langkah tersebut diambil untuk membendung penularan jangkitan wabak Covid-19 yang mana jangkitannya kian meningkat saban hari.
Semalam, Malaysia telah merekodkan 3,306 kes baharu dengan 2,293 kes yang telah sembuh dan 4 kes kematian telah dicatatkan.
Baca juga Hati-hati, 5 penyakit ini bermula daripada demam
Dalam masa dua minggu PKP ini, operasi yang dibuka diterhadkan kepada perkhidmatan asasi atau essential services bagi menyekat penyebaran virus itu agar terus ‘bermaharajalela’ di luar sana.
Namun demikian, usah khuatir dan jangan panik.
Marilah kita sama-sama membantu membanteras wabak berkenaan dengan duduk di rumah.Pun demikian, SinarPlus memahami, melalui fasa ini pastinya akan membuat orang ramai tidak keruan.Masakan tidak, anak-anak terutamanya pasti akan kebosanan terkurung di dalam rumah, lebih-lebih fasa persekolahan ditangguhkan sementara waktu dan kelas pembelajaran online pun belum bermula lagi.
Justeru, bagi mengatasi perasaan rentan itu, berikut SinarPlus kongsikan senarai 20 idea menarik bagi aktiviti yang anda dan anak-anak boleh lakukan di rumah semasa PKP dilaksanakan:
i) Keluarkan permainan papan.
vi) Bersenam di rumah. Ayuh manfaatkan masa ini!
ix) Berteka-teki atau bina sesuatu daripada bahan-bahan lego.
Dengan aktiviti-aktiviti itu, anak-anak boleh menghindari diri daripada keinginan untuk keluar bersiar selain dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga anda.
- KPJ Damansara Specialist Hospital
- Sunway Specialist Centre Damansara
- The Tun Hussein Onn National Eye Hospital
- Avisena Specialist Hospital
- Columbia Asia Hospital Bukit Rimau
- Ara Damansara Medical Centre
- Sunway Medical Centre
- KPJ KLang Specialist Centre
- Subang Jaya Medical Centre
- Assunta Hospital
Penting untuk diketahui, jangan ambil mudah dengan keadaan kesihatan diri dan ahli keluarga.
Jika sudah terdedah dengan pesakit atau lokasi penularan Covid-19 dan mempunyai simptom-simptom seperti selesema, batuk, kesukaran untuk bernafas dan mengalami demam lebih daripada suhu 37.5 darjah Selsius, sila ambil inisiatif untuk kuarantinkan diri di rumah.
Jangan lupa untuk menghubungi Kementrian Kesihatan Malaysia di talian 03-88810200, 03-88810600 atau 03-88810700 untuk mendapatkan nasihat dan maklum balas mengenai langkah-langkah yang berkaitan.
Ayuhlah sama-sama kita bantu dalam memerangi wabak Covid-19 dengan hanya dengan duduk di rumah. Ingat, keluar apabila perlu sahaja.Semoga negara kita berjaya mengekang pandemik ini dengan sehabis baik. Insya-ALLAH. #kitajagakita
Sumber: Tourism Selangor
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang